Mereka mempertaruhkan Universal Muzik

The New Legacy merupakan band yang namanya masih baru dalam persada muzik tanah air tempatan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Memilih konsep universal muzik sebagai asas kepada legasi muzik baru. Maka tidak hairanlah nama band datang dari ilham tersebut.

Ditubuhkan pada pertengahan julai 2012 yang pada mulanya dianggotai oleh Miezam ( Bassist ), Vijay ( Ex-Gitar & Male Vocal ), Abel ( Ex-Female Vocal ), Siti Nadya ( Ex-Female Vocal ), Wozley ( Ex-Gitar ) dan Dielan ( Ex-Gitar ). Namun satu perubahan drastik telah berlaku dalam masa yang singkat semasa pembentukan awal dimana mereka mahu menumpukan kepada komitmen masing-masing. Namun ini tidak mematahkan semangat miezam yang satu-satunya tinggal untuk terus berjuang dalam The New Legacy.

Kini The New Legacy dihiasi dengan muka-muka baru dalam legasi muzik baru. Ini hasil dari perkenalan antara miezam dengan Farina ( Female Vocalist ), Erra ( Female Vocalist ), Azman ( Male Vocalist ), Abdul Salam Yahya ( Drummer ) dan Wan Awan ( Guitaris ) melalui laman sesawang facebook. Lantas satu pertemuan telah diatur oleh miezam sebagai langkah permulaan dalam mengenal ahli-ahli baru sekaligus dapat mencari keserasian dalam legasi muzik baru.

Baru-baru ini, The New Legacy telah membuat persembahan akustik bersama-sama dengan band-band tempatan sekitar sabah bersempena dengan borneo beach carnival. Karnival ini telah diadakan pada 29&30 december 2012 yang lalu bertempat di Tanjung Aru 1st Beach. Sungguhpun baru membuat kemunculan kali pertama namun telah berjaya menghiburkan ramai pengunjung yang hadir disitu.

The New Legacy akan melancarkan lagu band sendiri tidak lama lagi dalam tahun baru 2013 ini tidak lama lagi. Sekaligus dapat melangkah setapak kehadapan bersama dengan band-band tempatan. Ini dapat membuka lembaran baru dalam legasi muzik tanah air.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh klik like pada laman sesawang mereka di Facebook The New Legacy bandpage. Sokongan anda terhadap band-band tempatan amatlah dihargai. Sekaligus dapat meningkatkan kualiti muzik tempatan di persada tanah air.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.312846648826523.69346.254540541323801&type=3

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=312242188886969&set=a.312241868887001.69213.254540541323801&type=3&theater