Mereka minat Brit Pop

Mereka berempat ini adalah sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Sandakan, Sabah.Mereka mengelarkan diri mereka The Mines dan merupakan anak jati daerah sana.Mereka juga antara beberapa buah band yang sedang mencuba nasib dipersana underground scene sekitar Sabah.Dan sering kali kelihatan membuat persembahan di Kota Kinabalu.

Baru baru ini,mereka telah berkongsikan beberapa buah lagu yang mana akan dimuatkan dalam EP mereka yang akan menemui pemunat muzik indie dalam masa terdekat ini.Antara lagu tersebut adalah Titik Kasanova & Mestikah Ratu Popular

Untuk makluman anda jugak,mereka ini adalah antara pengerak muzik scene di daerah tersebut.Dimana, mereka telah membantu beberapa individu dan buah kumpulan dikenali melalui program Akustik yang mereka anjurkan setiap bulan.Program tersebut telah dilangsungkan di sala sebuah cafe yang terletak di bandar daerah tersebut.

Yang paling best,tauke cafe tersebut adalah salah seorang peminat muzik indie.Dimana beliau telah menyediakan beberapa peralatan muzik untuk diguna pakai oleg sesiapa sahaja.Ini membuatkan The Mines bertambah semangat untuk menganjurkan aktiviti sihat sebegini rupa.cafe yang dimaksudkan adalah NiFuNiFa yang terletak di Batu 4 atau juga dikenali debagai bandar Indah.kepada yang berada disekitar tersebut,bolehlah singgah dan lihat persembahan dari beberapa muka baru dalam muzik scene sekitar Sandakan.

Oleh itu,The Mines mengharapkan peluang dari mana mana pihak untuk menjemput mereka membuat persembahan di mana mana lokasi.Mereka ingin memperdengarkan karya ciptaan mereka secara LIVE dan persembahan original dari anak anak Sandakan ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai band ini,sila kunjungi band page mereka di Facebook iaitu The Mines Official dan berilan sokongan terhadap band ini.Mereka juga mengharapkan komen serta pendapat mengenai lagu lagu yang telah mereka producekan.Dengan cara ini,mereka akan sentiasa cuba memperbaiki kelemahan serta memperbaiki apa yang kurang.