Mereka minat dengan kumpulan SEARCH

Aku rela bersama kamu walaupun hati terluka
Tak ku kisah diri ini hanya insan tak punya apa
Ku berharap kamu bahagia untuk selama lama
Kerna aku tahu betapa ku cinta dirimu selalu
Kau lahirkan diri ini…
Kau dewasakan naluri…
Kau wanita itu hingga akhir hayat ku…
Kau hanya satu didunia…
Terkubur didalam jiwa…
Tak bisa ku temu….serupa dengan kamu…
Itu adalah lagu yang bertajuk Tak Bisa Ku Temu dimana dihasilkan oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka RETROSPEKTIF. Mula ditubuhkan pada Nov 2010.Mereka dianggotai 5 orang ahli asalnya; Sham, Shukran, Raziq, Ariff & Merah. Sham merupakan pengasas kepada band ini juga sebagai pemain gitar kedua.
Nama RETROSPEKTIF diilhamkan oleh Merah (bekas juara peserta ujibakat pilihan Mentor 4) yang juga merupakan vokalis kumpulan ini. RETROSPEKTIF bermaksud; mengimbau/mengimbas kembali sesuatu yang lama.

Kumpulan SEARCH menjadi influence kepada band ini dan membawa gelaran “SEARCH Tribute Band”. Dimana mereka menjadikan lagu-lagu hanya dari kumpulan SEARCH sebagai kagu pilihan sewaktu membuat show atau praktis di jamming studio.

Tanggal 27 Nov 2010, Dataran Merdeka Kuala Lumpur telah menjadi saksi kepada RETROSPEKTIF membuat persembahan pentas secara live buat pertama kalinya. Lagu-lagu seperti Bencana, Setelah Hujan, Isi Atau Kulit & Pelesit Kota telah diperdengarkan kepada penonton pada malam itu.

Berbagai juga rintangan, cabaran, pahit manis, suka dan duka terpaksa ditempuhi oleh ahli kumpulan ini. Salah satunya adalah penarikan diri pemain bass, Raziq & pemain gitar utama, Shukran dari kumpulan dalam 2 masa yang berbeza memberikan kesan kepada ahli band yang lain & perjalanan RETROSPEKTIF.

Setelah berbulan aktiviti band terhenti, kehadiran Anuarrudin atau Nuar sebagai pengganti pemain bass & Muhammad Nadzir atau Ajay sebagai pengganti pemain gitar utama memberikan kesan yang positif & tidak menghampakan RETROSPEKTIF lantas menggerakkan kembali aktiviti band seperti biasa.

Untuk mengenali kumpulan ini dengan secara dekat,sila kunjungi band page mereka melalui link ini https://www.facebook.com/pages/Retrospektif-Rock-N-Roll-Band/195759660461406

Dari itu,anda boleh mendengarkan lagu  Tak Bisa Ku Temu di radio onlinefm atau sekiranya ada penyampai yang bertugas.Apa pun,pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan ini kerana sudi berkongsikan info serta lagu mereka untuk dimainkan serta di promosikan di ruangan onlinefm ini