Mereka perfom di ROTTW Soundstage 2012

Nerve Fibre ditubuhkan pada awal tahun 2000 dan mereka memperjuangkan Genre muzik Alternative,Grunge dan Rock. Band ini dianggotai oleh  empat orang anak muda iaitu Yed selaku vokalist dan pemain gitar, Zabee selaku pemain gitar utama, Azroy selaku pemain bass dan Iqbal selaku pamain drums. Mereka telah beberapa kali bertukar ahli atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Pada mula penubuhannya Nerve Fibre banyak dipengaruhi oleh muzik grunge seperti Nirvana dan banyak menghasilkan lagu-lagu Ingeris. Namun muzik mereka semakin berkembang dan lebih matang. Kini mereka lebih banyak menghasilkan lagu-lagu melayu dan menuju ke arah muzik eksperimen rock.

Jika diperhatikan lagu-lagu Nerve Fibre ianya banyak berkisar tentang kehidupan, cinta sesama manusia dan juga lagu-lagu yang berunsurkan kerohanian. Nerve Fibre baru selesai menyertai ROTTW Soundstage 2012 pada 23hb yang lalu. Mereka meracang untuk menghasilkan satu EP bagi tahun 2013 dan mengharapkan agar muzik mereka mendpat sokongan dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Mereka juga bersedia sekiranya ada sebarang undangan untuk persembahan atau gig atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi Yed di talian 012 3970517.

Jika sekiranya anda ingin mengenali band ini dengan lebih dekat lagi sila kunjungi laman sesawang mereka di https://www.facebook.com/nerve.fibre
Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Nerve Fibre berkongsi lagu dan juga profile mereka. Kami berharap agar mereka akan terus suksess dalam bidang industri muzik yang amat mereka cintai dan menjadi salah satu band-band indiependent yang terungul di Malaysia.