Mereka pernah join ROTTW Sound Stage

Berpaksikan kepada muzik indie Rock n Roll/Blues menjadi pilihan kepada band Zip Zieller
ini. Ditubuhkan oleh 4 anggota asal pada tanggal 31/08/2002. Mereka ialah Along (Vocal + 1st
Guitar), Ayoy (2nd Guitar), Sharul yang merupakan adik kepada Along dan Haikal.

Diawal penubuhan, pengaruh muzik dibawa oleh mereka terdiri daripada band-band
antarabangsa seperti Nirvana, SoundGarden, Mudhoneydan Green River. Namun selepas
mengalami revoulusi, Zip Zieller telah beraliharah kepada konsep Rock n Roll sesuai mengikut
peredaran masa muzik semasa. Mereka menjadikan Jimi Hendrix, Jim Morrison, Stevie Ray
Vaughan, ACDC, Pink Floyd dan Led Zeppelin sebagai idoladan inspirasi kepada band mereka.

Zip Zieller telah membuat kemunculan pertama dengan persembahan di Tunestone Klang
dan beberapa gigs tempatan pada tahun 2002. Selepas itu mereka terus bergiat aktif dengan
menjelajah keseluruh pelusuk negara. Dalam pada masa yang sama mereka juga telah
merekodkan beberapa persembahan secara langsung yang telah dimuatkan di laman sesawang.

Setelah dari itu mereka mula menulis lagu band mereka sendiri. Dimana terdapat dikalangan
individu dan band yang diminati telah memberi mereka inspirasi untuk menulis lagu sendiri.

Maka bermulalah satu proses “Kematangan Zip Zieller” selain mengikuti arus fesyen perdana
dan sikap.

Pada tahun 2006, mereka telah menjuarai pertandingan ROTTW Soundstage.Sejak itu nama Zip
Zieller mula menjadi sebutan dan mendapat tempat para generasi muda. Selain menyertai gigs,
mereka juga telah mendapat tempat dalam membuat beberapa persembahan tempatan diseluruh
Malaysia.

Mereka telah menerbitkan 2 demo “Soul Story”yang mengandungi lagu rakaman sendiri dan
“MalomSurado” yang mengandungi 2 buah lagu. Demo itudijual ketika persembahan dan gigs
tempatan berlansung. Selain itu mereka juga telah dijemput dalam beberapa gigs tempatan dan
persembahan di semenanjung Malaysia selain Konsert Di Awan Biru Search, Konsert Radio
Rosak dan Rock The World 8.

Dalam tahun 2009, beberapa perubahan telah berlakudalam Zip Zieller. Dimana Shahrul dan
Haikal telah meninggalkan band untuk menumpukan sepenuhnya terhadap komitmen keluarga.
Selepas itu Along dan Ayoy telah mengambil Tapa untuk mengisi kekosongan posisi pemain
drum.

Sepanjang tempoh itu, Along juga sangat sibukdengan psychedelic rock band projek iaitu Zieller
& Classic Ikan Keli di selatan Johor Bharu. Hibri (Keyboardist) dan Kunt (Percussion) yang
merupakan dari band projekAlongmenyertai Zip Zieller. Selepas itu penyertaan Menyut telah
melengkapkan kekosongan di bahagian posisi Bass dalam band.

Zip Zieller telah membuat persembahan pada konsert Rock The World di Kuala Lumpur pada 29
disember 2012.

Dalam kalender 2013, Zip Zieller akan kembali menggegarkan pentas seni di seluruh Malaysia.
Pada masa yang sama mereka juga sibuk dalam proses untuk mengeluarkan album terbaru. Ini
jelas memberi gambaran positif terhadapmereka yang tidak akan memandang kebelakang lagi
dan sentiasa berfikiran positif dalam karier muzik yang diceburi.

Untuk keterangan lanjut mengenai Zip Zieller anda boleh melayari laman sesawang bandpage
mereka iaitu http://www.facebook.com/OfficialZipZieller/info. Anda juga boleh menghubungi
+60176867573 (Along), +60179772926 (Ubiey). Untuk sebarang undangan gig pula dan
yang sewaktu dengannya, anda juga boleh contact terus ke no. yang berikut Zawawi Deraman
(01114776634) dan Haikal Ar-Rasyid (0179772926) atau email ke zipzieller2012@gmail.com.

Diharapkan mereka akan terus suksess selalu di masa hadapan. Sokongan peminat muzik
tempatan juga akan memberi semangat bukan sahaja Zip Zieller malah kepada band yang ingin
mengikuti jejak langkah mereka. Nantikan album baru mereka yang akan dikeluarkan tidak lama
lagi.