Mereka pilih “R&B Hip Hop”

Dalam percintaan boleh berpisah..Kalah perlawanan boleh huru hara…Cuba bayangkanlah walau di mana sahaja kan terjadi tanpa di duga,… adalah antara lirik yang menarik dalam lagu ini…

Revolutonez, adalah anak kelahiran Sabah yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Nadzrin Ahmad ( Naz – Ketua Kumpulan, Hamzah Jelimin (Black), Nur Pinah Li (Pipi) dan Fazamie Jahisim (Pinky). Manakala genre muzik yang mereka perjuangkan adalah R & B / Hip Hop, Kawal Emosi Mu merupakan lagu baru Ciptaan sepenuh oleh Naz (Revolutonez) dan Muzik Arrangement oleh Najib dan Sam.

Kumpulan ini ditubuhkan pada 25 Oktober 2011 dan pada mulanya kumpulan ini hanya terdiri daripada tiga orang sahaja iaitu Naz, Black dan Mira. Walau bagaimanapun Mira telah menarik diri atas masalah peribadi, namun tempatnya telah digantikan oleh dua orang ahli baru iaitu Pinky dan Pipi.

Pencapai terbaik mereka setakat ini adalah dimana mereka telah mewakili Sabah ke Kuala Lumput di The Curve Damansara iaitu pertandingan vocal anjuran BN Youth Music. Pertandingan tesebut bertujuan untuk menggalakkan para peserta menghantar lagu-lagu ciptaan mereka sendiri demi untuk mencungkil bakat-bakar khusus dalam penciptaan lagu-lagu baru untuk mereka terus berkarier.

Setakat ini mereka telah membuat persembahan di beberapa buah tempat di antaranya adalah di Tanjung Aru Plaza bersempena perhimpunan Putri Koprat 1 Sabah, Anjuran Dmillion Group pada 26 Mei 2012 yang lalu. Seterusnya Konsert Charity SM La Salle, persembahan bersama artis-artis Sabah dan artis keluaran Akademi Fantasia iaitu Ebi Kornalis

Sekiranya anda ingin mengenali lebih dekat tentang kumpulan ini sila lawati laman sesawang mereka di http://www.facebook.com/pages/R-E-V-O-L-U-T-O-N-E-Z/333181240031778

Pihak onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih kepada Revolutonez di atas kesudian berkongsi lagu dan profil anda. Harapan kami semoga Revolutonez akan terus suksess dalam bidang yang mereka ceburi dan akan terus mencipta lagu-lagu yang berkualiti tinggi demi untuk mempertingkatkan dan mempelbagaikan lagu-lagu indie khususnya di persada dunia hiburan negara kita.