Mereka tak Ingin Didustai
The Ariez merupakan band indie tempatan yang berasal Kota Kinabalu, Sabah.Band ini bernaung dibawah syarikat produksi muzik tempatan iaitu Apple Studio Production. Dahulunya nama band ini dikenali sebagai Aries sebelum ianya ditukar kepada nama sekarang.
Konsep muzik band The Ariez ini adalah berteraskan kepada muzik Rock/Acoustic/Alternative. Dimana mereka membawa beberapa pengaruh muzik tempatan dan antarabangsa. Sebagai contoh daripada band Chris Daughtry, Nickelback, Alter Bridge, Creed, Matchbox 20, Saosin, Estranged, Deja Voodoo Spells, Seven Collar T-Shirts, GIGI, Padi, Dewa 19, Ungu, Five Minutes, Drive, Seventeen, dan banyak lagi.
The Ariez mula ditubuhkan pada akhir tahun 2005. Permulaan awal band ini dianggotai oleh Prop, Gary dan Don. Ketiga-tiga mereka ini telah memutuskan untuk membentuk sebuah band yang diberi nama Aries.
Mereka bertiga turut berkongsi minat dan pengaruh muzik yang sama. Dimana kebiasaanya pengaruh muzik yang diminati itu terdiri daripada muzik rock dan pelbagai jenis band yang mereka suka. Bermula dari situ mereka terus bergerak ke hadapan dengan menulis pelbagai lagu-lagu baru dengan mencuba untuk mencari bahan-bahan baru untuk dimuatkan menjadi satu album.
Setelah 5 tahun berlalu, mereka telah berjaya mendapatkan dua orang ahli baru. Dimana Rojan (bass) dan Sarin (Drum) masuk menyertai aries. Maka dengan kemasukan ahli-ahli baru ini telah membuatkan band Aries menjadi lengkap sepenuhnya.
Mereka telah berjaya menghasilkan single pertama yang bertajuk ‘Khalimah Cinta’ dan ‘Jika Benar’. Dimana lagu ini direkodkan di Apple Studio sendiri. Pada awal tahun 2010 pula mereka telah berjaya menghasilkan single yang baru dan dikenali sebagai ‘Mentari Pelangi’.
Selepas itu mereka bersepakat dan telah mengambil keputusan untuk menukar nama band Aries. Dimana nama band ‘The Ariez’digunakan hingga sekarang. Berikut adalah lagu-lagu yang sudah dihasilkan ialah:
Pelbagai jenis event dan pertandingan muzik banyak disertai sepanjang penubuhan The Ariez.
Antaranya termasuklah:
Setakat ini tidak berlaku sebarang pertukaran lineup sejak penubuhan band ini.Dimana kesemuanya kekal dan masih menganggotai band The Ariez. Akan tetapi drummer The Ariez terpaksa membawa haluan sendiri kerana ingin memberi perhatian penuh dengan karier dan keluarga.
Perkembangan The Ariez yang terkini, dimana mereka telah mengeluarkan single yang terbaru bertajuk’Aku Yang Kau Dustai”. Single baru mereka ini hasil ciptaan Don Ariez dan Liriknya oleh Prop Ariez. Selain itu, kebanyakan ahli-ahli kumpulan The Ariez ini terlibat dengan kerja-kerja produksi seperti pengambaran telemovie/drama RTM TVI dan TV2, dokumentari Sabah, mencipta lagu-lagu tema untuk Drama &Telemovie selain membuat skrip.
Penglibatan mereka dalam bidang ini telah membuatkan The Ariez menumpukan lebih banyak masa sepenuhnya dalam bidang ini. Ini ditambah lagi dengan Gary Collin (Guitar) yang kini bekerja di semenanjung. Apapun ianya tidak menjadi halangan kepadaThe Ariez untuk terus berkarya walaupun mereka agak sibuk dengan kerja masing-masing.
Untuk keterangan lanjut anda boleh terus kepada: