Merekalah juara Hard Rock Rising 2012

FIN CHEMISTRY adalah salah satu band yang berasal dari Penang. Band yang mempertaruhkan muzik alternative rock ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2007. Barisan pemuzik yang menganggotai band ini adalah Sham (bassist), Rodhi (Drumer), Malie (guitarist, vocalist), Syai (guitarist, vocalist) dan  Ayano Yamazaki (keyboardist).

Band ini telah mencapai kejayaan dalam beberapa Battle of The Band seperti Hard Rock Rising 2012 (tempat pertama) dan banyak lagi. Sekali lagi mereka akan menyertai Battle of The Band di Kuala Lumpur pada bulan Mei ini.

Mereka mendapat banyak jemputan di sekitar Penang dan juga Kuala Lumpur. Untuk perkembangan yang terbaru, Fin Chemistry sedang memantapkan muzik mereka dan bakal membuat persembahan dalam gig ‘Tribute to Nirvana’ di Pulau Pinang pada 13th April ini. selain dari itu, Fin Chemistry juga akan bergabung dengan Bunkface dalam Road Show pada 2nd Jun 2013.

 Baru-baru ini, Fin Chemistry telah siap merakamkan beberapa buah lagu baru iaitu tonight, Bangkit dan lain-lain. Untuk maklumat lebih lanjut, lawatlah Fan page mereka di https://www.facebook.com/pages/Fin-Chemistry.