MetalCore dari Pulau Mutiara

Angel Falls  ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu apabila pemain drums (Lionel) bertemu dengan pemain gitar (Akmal) di Labuan. Kedua-dua mereka mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik dan memutuskan untuk menubuhkan sebuah band yang berat dan pantas lagi melodi dalam riffs gitar.

Selepas bermain beberapa gig underground dan mencipta beberapa buah lagu band ini merancang untuk merakam EP dalam sekitar tahun 2011. Seperti band-band yang lain Angel Falls juga tidak terkecuali daripada dilanda masalah dengan line upnya. Pelbagai rintangan harus ditempuhi semasa penubuhan band ini, namun ianya sedikitpun tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus bersatu. Mereka percaya bahawa ujian dan kesusahan hasilnya akan membawa kejayaan.

Band ini dianggotai oleh Sharul selaku Vocalist (scream dan 2nd clean vocal’s), Geese selaku Vocalist (Clean Vocal’s and High Range Scream’s), T.Bend selaku pemain Gitar, Akmal selaku pemain Gitar, Fahmi selaku pemain Bass dan Lionel selaku pemain drums. Mereka memperjuangkan genre muzik Melodic Metalcore. Mereka baru sahaja selesai melahirkan single pertama bertajuk ‘Route Within’.

Sekiranya anda ingin mengendali band ini dengan lebih dekat lagi sila lawati laman sesawang mereka di https://www.facebook.com/angelfallsband?fref=ts

Pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Angel Falls berkongsi lagi dan profile mereka. Semoga mereka akan terus suksess dalam dalam industri muzik ini terutama sekali dalam memperjuangkan genre muzik Melodic Metalcore yang amat mereka minati dan menjadi salah satu daripada band yang terunggul di Malaysia.