Modern Rock dari Kuala Lumpur
Melihat kepada nama kumpulan ini sungguh mendalam pengertian terjemahan.Namanya berskala besar atau memiliki ruang lingkup yang menyeluruh.Apa tidaknya AlterNature membawa pengertian seperti merubah persekitaran semulajadi kepada yang lebih baik …
AlterNature Band merupakan band yang terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Muhammad Samson Mikail selaku pemain Keyboard, Ermanshah Bin Endal selaku Vokalis, Shahrizuddin Bin Rasdi, selaku pemain drums,Tengku Ahmad Syarbalah, selaku pemain bass, dan Ahmad Nazri Bin Mohamed, selaku pemain gitar. Kesemua mereka ini berasal daripada Kuala Lumpur dan terdiri daripada tiga kumpulan etnik yang ada di Malaysia. Namun itu bukan satu halangan bagi mereka untuk menempah kejayaan. Malah ianya telah dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi mereka untuk mencapai kejayaan.
Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 yang berkonsepkan genre muzik rock moden. Setakat ini mereka telah meraih kejayaan yang amat memberansangkan di mana mereka telah tercalon hingga ke peringkat akhir bagi pertandingan Yamaha Asian Beat 2009 Peringkat Kebangsaan dan telah tercalon diperingkat akhir Rentak Juara 2010 dalam carta lima kumpulan yang terbaik daripada 580 buah kumpulan yang mengambil bahagian dan Program ini telah dianjurkan oleh Radio Television Malaysia (RTM), seterusnya mereka telah disenaraikan sebagai calon peringkat awal bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.
Setakat ini mereka telah melahirkan dua single iaitu single pertama bertajuk “Destinasi” yang telah dikeluarkan dalam bulan Disember 2010. Manakala single kedua bertajuk “Infiniti” yang telah dikeluarkan dalam bulan September 2011 dan pada ketika ini mereka dalam proses menyiapkan EP pertama mereka bagi tahun 2012.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan ini sila lawati laman sesawang mereka di page AlterNature Band Page dan sila klik http://www.youtube.com/alternatureband untuk melihat klip video persembahan mereka.
Pihak Onlinefm ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian AlterNature band berkongsi profil dan lagu-lagu mereka. Semoga mereka akan terus suksess dalam kerjaya mereka demi untuk menambahkan lagi warna-wana dunia hiburan tanah air kita khususnya indiependent band Malaysia.
R-Tikel disediakan oleh:-
Anat