MOJO & Konsep Synth-Rock

Pic taken from “Sinarharian.com”
Ketika ini lagu ‘Andaiku Bercinta Lagi’ semakin mendapat tempat di corong-corong radio tanah air ketika ini. Suaranya mirip penyanyi rockers Awie tapi sebenarnya bukan, mungkin ada yang tertanya-tanya siapakan yang menyanyikan lagu tersebut. Lagu ‘Andaiku Bercinta Lagi’ ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim menjadi siualan pada hari ini. 

Satu lagi Band terbaru muncul yang cuba mencuba nasib dalam seni tanah air Negara kita ini. MOJO yang bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teristimewa. MOJO merupakan sebuah ‘Super Band’ tebaru dibawa naungan KRU Music yang mengabungkan 4 orang pemuzik berpengalaman. Band ini terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, Edry KRU sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris dan Johar (anggota kumpulan Tilu) sebagai pemain drum.

MOJO mengetengahkan konsep ‘Synth-Rock’. MOJO cuba untuk mencuba sesuatu yang baru dalam Era muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan lagenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin.

MOJO kini dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, walaubagaimana pun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ ciptaan Edry Abdul Halim, ‘Agar Tetap Indah’ ciptaan gitaris Denny, dan ‘Mimpi’ ciptaan pemain drum Johar. 

Artikel disediakan oleh:-

Lara Cleopatra
Damansara, Kuala Lumpur