MOSES BRYANCLAY PENYANYI YANG MEMPUNYAI SUARA LUNAK DAN BERBAKAT DALAM PENULISAN LAGU

Nama Moses Bryanclay mungkin baru anda dengar, namun dia adalah seorang insan seni yang sudah lama dalamarena muzik di Sabah. Cuma sebelum ini lebih kepada kerja belakang tabir. Menyanyi ini hanya hobi di masa lapang. Namun bila
ilham datang, dia tak lepaskan. Pemilihan ayat ayat cinta yang mudah difahami membuatkan lirik lagu ini sedap didengar. Ditambah lagi dengan susunan melodi lagu yang bagus. Moses dapat sentuhan JunJun sebagai produser untuk lagu ini. Tidak hairanlah hasilnya memang hebat. Ditambah lagi dengan Muzik video yang menampilkan model wanita yang padan dengan judul lagu YANG SATU. Semoga terhibur dengan lagu ini…