MUNIR AJAR TEKNIK VOKAL YANG BETUL UNTUK WARGA LAHAD DATU

Munir adalah seorang yang sayangkan seni khususnya vokal. Insan seni yang kini menetap di daerah Lahad Datu ini sentiasa membuka ruang untuk sesiapa yang minat mempelajari teknik vokal yang betul dalam bidang nyanyian. Mungkin ramai

yang tak kenal akan susuk tubuh ini. Orangnya happy go luck dan tak lokek ilmu. Dia adalah lepasan diploma vokal dari ASWARA. Sebuah institusi yang melahirkan nama nama besar dalam bidang seni di Malaysia. Pengalaman melanjutkan pelajaran disana tak pernah disembunyikan, malah dia sentiasa mencari bakat bakat baru atau mereka yang ingin belajar vokal dengan teknik yang sepatutnya. Kini dia telah membuka ruang untuk 5 orang peserta yang ingin mengikuti sesi kelas belajar vokal menerusi “online”. Jadi, kepada warga Lahad Datu khususnya, jangan lepaskan peluang ini.

Maklumat lanjut:- https://www.facebook.com/BelajarNyanyiDisini/

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial