“Muslim Soldier” menjadi taruhannya…

Lagu “Muslim Soldier” diterbitkan atas dasar rasa simpati dan sedih dengan apa yang berlaku dengan rakyat palestin, gaza dan negara-negara yang mengalami kemusnahan dan kesangsaraan di tanah air sendiri. Penyanyi ini juga cuba membawa kita untuk menghargai apa erti kedamaian, ketenteraman dan kebebasan.
Yart Elland pada ketika ini menetap di Hulu Kelang, Ampang, Selangor dan memperjuankan genre lagu lagu Rap Melayu. Sebenarnya Yart Elland merupakan salah seorang anggota kumpulan band Yart And The Opera (YTO) yang berkonsepkan alternative rock yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 sehingga sekarang. Walau bagaimana pun oleh kerana comittment di antara ahli kumpulan terlalu ketat membuatkan Yart Elland bergerak secara solo buat seketika.
Antara lagu-lagu ciptaan Yart Elland yang digemari oleh pendengarnya adalah Muslim Soldier bersama seorang sahabat Elly Junior berusia 17 tahun yang pada ketika ini masih lagi menuntut di sekolah menangah. Elly Junior dipilih untuk lagu Muslim Soldier kerana soaranya yang agak besar sesuai untuk mengalunkan lagu zikir Allah Hu. Dalam masa terdekat ini Yart akan meriliskan beberapa buah lagu rap seperti Ya Allah, Maafkan Aku Feat Frahana, Cinta Sampai Syurga, Gadis Solehah. Yart gunakan Rap sebagai peluang untuk speech/dakwah kerana rap memiliki lirik yang panjang.
Sekiranya anda ingin mengenali Yart dengan lebih dekat lagi sila kunjungi facebook link nya di https://www.facebook.com/officialyartellanddan jika anda ingin melihat persembahannya di youtube http://www.youtube.com/watch?v=L6EKWhzPyrc&feature=g-upl

Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Yart Elland berkongsi profile dan lagu-lagu ciptaannya. Harapan kami semoga Yart Elland akan terus suksess dalam bidang seni yang diceburinya dan semoga akan terus mencipta lagu-lagu yang berkualiti tinggi demi untuk menambahkan lagi warna-warna dunia hiburan tanah air kita khususnya indipendent band di Malaysia.