Muzik Grunge tak akan hilang di dunia


‘GRUNGE’ bunyi yang agak kurang menarik dan sedikit kasar. Pengotor, selekeh, tidak beradab, kaki lepak, kaki gaduh dan budaya terpesong, itu la label yang diberi mereka dari kebanyakkan masyarakat umum. Tetapi bukan semua Grunge seperti yang dilabel tadi.  Bagi penggiat seni berunsurkan Grunge, jauh sama sekali tanggapan  yang diberikan dengan apa yang mereka usahakan.

Pada 13hb Oktober 2012, THE REBEL UNION dengan usahasama SUB ROCK ENTERTAINMENT, PAPAR GRUNGE COMMUNITY dan GERAKAN GRUNGE BANGKIT telah menganjurkan gigs BORNEO FestiGrunge yang pertama kali diadakan di Sabah bertempat di Cowboy Bar, Asia City, Kota Kinabalu.

Seramai 11 band yang melibatkan diri bagi menghangatkan pentas di Cowboy Bar termasuk band dari Semenanjung Malaysia dan juga Sarawak. Antaranya ialah StereoAngel (Tuaran), Melody Chain (Papar), Meteor Crates (Kota Kinabalu), Cool In Tangan (Kota Belud), SilverSun (Sandakan), Noisy Crush (Tawau), Plumfield (Papar), Fuzz Muff (Sarawak), GreenLove (Johor Bharu), Thirsty of Grungy (Sandakan) dan Boil (Papar).


Show yang bermula pada jam 2pm berjalan dengan lancar dan DJ Neo sebagai emcee . Masing-masing band menunjukkan bakat dan memberikan persembahan yang the best. Walaupun tidak banyak masyarakat yang menerima GRUNGE, tetapi mereka tidak patah semangat memperjuangkan muzik Grunge. Tidak dilupakan juga para penonton yang hadir bagi menyokong band-band yang perform pada hari tersebut. Crowd yang ada membuatkan event tersebut lagi happening dengan headbanging yang mereka tunjukkan. Gigs berakhir dengan jayanya dan diakhiri dengan GroupPhoto bersama dengan band-band yang ada.

 Lastly, sama-sama kita menyokong local music dan local band yang ada di Sabah.‘One for All and All for One’

Editor : MJ