MUZIK MEREKA BERKONSEPKAN “JOY”..

FACULTY OF JOY merupakan band yang telah di “rebrandingkan semula”. Pada asalnya nama kumpulan ini adalah “Silenct Act”. Ahli asalnya adalah Shahrul (gitar), Mami (Drummer), Loyo (Bassist), Zaid (Vox). Akan tetapi, jodoh zaid dengan “Silenct Act” tak lama. DImana beliau telah menarik diri atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Dari itu, posisi vokalis telah di ambil aloh oleh Ziqrill pada awal tahun 2017.
Sesudah kemasukan Ziqrill ke dalam kumpulan “Silenct Act” ini, mereka telah sebulat suara untuk menukar nama kepada nama yang baru. maka terciptalah nama FACULTY OF JOY ini. Nama FOJ ini terhasil atas tujuan yang amat positif. DImana, mereka ingin menyebarkan muzik yang ENJOY/FUN kepada semua pendengar serta sahabat mereka. Dengan cara tersebut, kehidupan setiap hari akan sentia positif dan sentiasa menjadi yang terbaik.
“PELANGI” adalah demo pertama FOJ. Disusuli dengan “IRAMA ROCK n ROLL”. Kedua lagu ini telah di muatnaik ke laman media sosial mereka untuk santapan sahabat sahabat mereka. Selain itu, FOJ juga telah menghasilkan sebuah lagu RAYA yang berjudul SYAWAL. Lagu ini 100% hasil karya mereka sendiri.
Kini, FOJ sedang giat mencari platfom untuk dikenali. Tanggal 21 Jun ini, FOJ akan berada di pentas MERDEKARYA untuk persembahan OPEN MIC mereka. Lokasi showcase ini terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Kami juga di maklumkan, sekarang ini FOJ telah di uruskan oleh penyanyi asal mereka iaitu ZAID. Dengan kembalinya ZAID ke dalam team ini, FOJ akan terus cuba yang terbaik.