Muzik mereka memang pantas

Pants Tape merupakan band yang berasal dari Papar, Sabah. Band ini memperjuangkan konsep muzik punk rock diarena persada muzik tempatan. Dengan membawa pengaruh muzik luar antarabangsa seperti NOFX dan Blink 182 menjadi pilihan anak-anak muda ini.

Band ini mula ditubuhkan pada sekitar tahun 2008. Pada peringkat permulaan mereka hanya sekadar bermain muzik diantara rakan-rakan sekelas. Dan kemudiannya berkembang  menjadi salah sebuah band yang aktif pada tahun 2011 hingga sekarang.

Pada mulanya band ini dianggotai oleh 5 orang anggota. Akan tetapi selepas beberapa tahun  mereka telah membawa haluan masing-masing kerana komitmen masing-masing terhadap kerja dan pelajaran. Walaupun banyak berlaku perubahan lineup kini sekarang Pants Tape dianggotai oleh 3 anak muda.

Setakat ini pants tape sudah mengeluarkan 3 buah demo mereka sendiri pada tahun 2011 hingga 2013. Dimana demo itu telah dikeluarkan sebanyak 30 buah salinan. Ianya memuatkan 4 buah lagu dan diedarkan secara percuma kepada rakan-rakan dan keluarga mereka.

Mereka juga bergiat aktif dalam menyertai mana-mana event yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Nama mereka juga selalu menjadi sebutan anak-anak muda pada setiap event yang mereka sertai. Antaranya jamm session (2011) tribute to why low (2011), tone blast jamm for charity (2011), voice out (2012), cons Malaysia state tour party (2012) dan beberapa event lagi.

Dalam kalender 2013 ini, mereka sedang menanti beberapa peluang untuk membuat persembahan di beberapa event akan datang sekiranya mendapat undangan dari pihak penganjur.
Kepada para peminat sama-sama kita nantikan kemunculan Pants Tape pada event akan datang.
Diharapkan mereka akan terus sukses selalu dalam industri muzik tempatan.

Bagi yang ingin mengenali band ini, anda boleh melayari laman bandpage mereka di http://www.facebook.com/pantstape?fref=ts. Dimana anda juga boleh mendengar beberapa lagu yang telah dihasilkan. Selain itu anda juga boleh klik like sebagai tanda sokongan kepada band-band muzik tempatan.