MUZIK VIDEO KUMPULAN GONCAR ADALAH 100% HASIL KERJA ANAK JATI TAWAU.

Bila sahaja anda dengar lagu ini, otomatik anda akan teringtat akan kegemilangan lagu lagu rock di tahun 80an. DItambah lagi dengan penampilan serta fesyen rockers sejati maka jiwa rock pastinya memang menjadi milik rockers kental. HATI, itulah judul lagu single yang memperkenalkan mereka kedalam dunia muzik. Mereka ingin

dikenali dengan nama GONCAR. Kumpulan anak muzik yang berasal dari daerah Tawau ini sememangnya memang rockers sejati sejak dulu hingga kini. Lagu ini ditulis oleh mereka sendiri dan dirakam di Dmuzika Studio. Dibawah kendalian saudara Jeffy yang juga antara gitaris hebat di daerah Tawau. Manakala unyuk proses master dan mixing lagu ini, ianya mendapat sentuhan JUNJUN. Beliau juga bukan sembarangan producer, malah sudah ada nama di peringkat luar. Pernah bekerjasama dengan artis artis hebat sekitar Malaysia.

Manakala proses rakaman muzik video pula mendapat sentuhan juga dari anak jati Tawau iaitu ZnZ Production. Sebuah produksi yang semakin dikenali dengan hasil suntingan video yang amat berkualiti. Lokasi pengambaran MV ini antara yang terbaik telah dihasilkan. begitu juga dengan teknik pengcahayaan serta editing video yang cukup rapi membuatkan kita kembali ke zaman rock 80an.