MUZIK VIDEO MIURA, DJEZNA’S STALKER & NAUFARAH YASIN SESUAI DIJADIKAN SOUNDTRACK FILEM

10 buah lagu telah diperdengar dan dimainkan kepada para penonton FB LIVE. Tidak dinafikan bahawa artis tempatan kita memang berbakat dalam bidang nyanyian. Malah bukan setakat menyanyi atau mencipta lagu, malah mereka juga mampu menghasilkan sebuah muzik video yang berkualiti.
Antaranya Muzik Video dari kumnpulan MIURA, Djezna’s Stalker dan lagu terbaru daru Naufarah Yasin iaitu RENTAN.


By the way, dalam banyak banyak lagu ini, lagu SEMALAM dari kumpulan MIURA akan buat anda berfikir sejenak. Mereka menyajikan sebuah naskah dalam bentuk visual akan kerakusan manusia pada khazanah alam semulajadi. Pembikinan muzik video ini memang unik dan hebat.Kalau anda lihat muzik video ini, anda yakin ianya pasti menelan belanja yang besar dan tinggi. Bukan itu sahaja, masa pembikinannya juga pasti mengambil masa yang lama atau banyak pengorbanan dari mereka.
Inilah yang harus dibanggakan sebagai anak seni. Mereka tidak pernah kenal erti penat atau rugi dalam menghasilkan sesebuah karya yang berkualiti. Kepada yang terlepas menyaksikan segmen REVIEW LAGU BARU ini semalam, jangan risau. Anda boleh melihat siaran ulangannya menerusi channel youtube ONLINEFM. Link disediakan didibawah.. (Jangan lupa LIKE & SUBS)