Nakal band?

Apa ada pada nama? begitu jugalah dengan nama band ini iaitu Nerd Always Known as Loser@ NAKAL. Walaupun nama band ini agak unik namun ianya sama sekali tidak mengambarkan karektor ahli-ahli kumpulannya.
Band ini ditubuhkan pada tahun 2012 di mana nama band ini telah diberikan secara spontan oleh Joe merupakan bekas anggota kumpulan Nameless. Nerd Always Known as Loser terdiri daripada empat orang anak muda iaitu Zais selaku pemain gitar dan juga merupakan Vocalis kumpulan ini, Joe selaku pemain bass (ex Nameless) dan Megat (Nameless) merupakan pemain drum jemputan. Manakala genre muzik pilihan mereka adalah Eksperimental. Manakala Ahli kumpulan ini masing-masing berasal daripada Skudai, Johor, Selayang, Selangor dan juga Sungai Petani, Kedah.
Mengimbas kembali kenangan penubuhan band ini, di mana pada ketika itu Zaiz mula berjinak-jinak dengan muzik yang masih menuntut di sekolah menengah dan pertemuan Zaiz dengan Joe yang pada ketika itu masih belajar di salah satu IPTA di utara tanah air merupakan satu keramat bagi mereka berdua. Hasil daripada pertemuan ini mereka telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan band. Rentetan dari itu Band ini telah berjaya melahirkan single pertama mereka bertajuk “Sujudku” pada 22 Disember 2012 dan dirakamkan di Hard Sound Studio Taman Universiti Skudai Johor dengan bantuan dari Megat (ahli kumpulan Nameless).
Jika sekiranya anda ingin mengenali band Nerd Always Known as Loser @ Nakal dengan lebih dekat lagi anda boleh layari lama sesawang mereka di https://www.facebook.com/pages/Nerd-Always-Known-As-Loser-NAKAL/428686110534704dan https://www.youtube.com/watch?v=8RDXVVGcJro
Pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian band ini berkongsi profil dan lagu mereka. Harapan kami agar mereka akan sentiasa suksess dalam semua bidang yang mereka ceburi
terutama sekali dalam bidang muzik yang amat mereka minati dan menjadi salah satu band yang terunggul di Malaysia.