NAMA DAN PERKATAAN DIGABUNGKAN MENJADI SATU BAND



“Jom Kita Stay2 Matang Di JP”. Merujuk kepada huruf “JP”, pasti terbayang di minda kita tentang satu tempat berdasarkan huruf huruf berkenaan. Tempat tersebut dikenali dengan nama “Jesselton Point”.
Akan tetapi huruf diatas merupakan sebuah nama band tempatan dari negeri dibawah bayu.
Band yang dimaksudkan ini ialah Jon Paradise.Bagi yang belum mengenali Jon Paradise, berikut adalah sedikit info mengenai band ini untuk dikongsikan bersama-sama peminat muzik tempatan.
Jon Paradise merupakan hasil ilham daripada seorang pemuda yang bernama Cyriljon Jawing Beliau amat meminati bidang muzik sejakdari kecil lagi. Kerana minat terhadap muzik yang mendalam, beliau telah menulis lagu sendiri dan merakamkannya sendiri sejak di bangku sekolah lagi.
Pada awal permulaan, Jon Paradise belum menjadi sebuah band secara rasmi. Ini kerana pada masa itu beliau belum bertemu dengan lineup yang sesuai. Namun setelah pertemuan beliau dengan ahli-ahli kumpulan yang lain akhirnya telah menjadikan Jon Paradise sebuah band secara rasminya pada tahun 2009.
Nama band ini diambil daripada sempena dengan nama beliau sendiri iaituCyriljon Jawing. Beliau kemudiannya menggabungkan perkataan Paradise bersama-sama dengan namanya sendiri. Dimana ianya memberi sebuah makna yang mendalam mengenai hubungan kekeluargaan dalam band ini



Berikut adalah lineup Jon Paradise dari awal penubuhan hinggalah sekarang:
Line-up (2009)
Ø  . Cyriljon Jawing (Vox)
Ø  Felix Larvakie (E. Gtr)
Ø  Patrick Martin Visperas Esteva (Drum)
Ø  Innocentclair Malim (Bass)

Line-up terkini

Ø  Cyriljon Jawing (Vox/acoustic)
Ø  Elyna Peter Amandus (Keys/backup vox)
Ø  Boly George (E. Gtr)
Ø  Patrick Martin Visperas Esteva (Drum)
Ø  Innocentclair Malim (Bass)


Band ini juga dikenali turut oleh ramai peminat muzik tempatan. Dimana mereka sering dipanggil dalam membuat persembahan dalam mana-mana event yang dianjukan. Antaranya ialah:

Ø  Battle of the band anjuran Anti Dadah (2009)
Ø  Bandwidth Band Talent Search (2009)
Ø  My Story gig (2010)
Ø  Jon Paradise Ep Launch (2010)
Ø  Unirazak ” Tone blast” Jamm For Charity (2011)”
Ø  Unicef Concert (2011)
Ø  Prima Akustika (2011)
Ø  Jon Paradise “Dark Street” With Full Orchestra (2012)
Setakat ini Jon Paradise sudah mengeluarkan 1ST EP mereka. Dimana ianya memuatkan 6 buah lagu kesemuanya. Antaranya Hidup , Book Of Sacred, Dark Street, Ego, Upside Down dan Hidup (Acoustic).

Mereka juga dalam proses untuk mengeluarkan 2ND EP. Dimana ianya memuatkan 8 buah lagu yang berjudul Ego (2013), April Fool, Undur Diri, Tak Perlu Kau Tahu, Setia, Sempurna, Next Big Potential dan Setia (Acoustic). Jadi sama-samalah kita nantikan kemunculan EP mereka yang kedua tidak lama lagi

Perkembangan Jon Paradise sekarang, dimana mereka menyepi dan senyap seketika. Mereka ingin menubuhkan sebuah syarikat rakaman produksi sendiri yang diberi nama ST. GERALD STUDIO. Pada masa yang sama, mereka dalam proses untuk menyiapkan album yang pertama dan akan mengeluarkan single yang bertajuk “UNDUR DIRI” tidak lama lagi.

Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik ke:

Ø  www.jonparadise.viinyl.com (Official Website)
Ø  www.twitter.com/jonparadiseband (Twitter)

atau:

0168366194 (Cyriljon Jawing)

Selain itu juga, anda bolehlah lawati website atau FB page kami untukmelihat video & gambar2 kami dan boleh lihat apa perkembangan terbaru kami. Jika ada jemputan untuk gigs atau persembahan acoustic dan lain-lain, boleh terus email atau hubungi alamat atau nombor yg tertera di atas.