Namanya Bintang

Supah pasti ramai warga busker sekitar Kota Kinabalu mengenali gadis ini.Dialah digelar QUEEN OF BUSKER kerana telah memecah tradisi sekitar Kota Kinabalu dengan keberaniannya menyanyi dikhalayak ramai setiap hujung minggu.Pada beberapa bulan yang lepas,sebelum beliau mendapat tawaran kerja,beliau iaitu JULIE ini dan rakan rakan busker lan akan mengadakan aktiviti menyanyi di jalanan antara bangunan Center point menuju ke Wisma merdeka dimana port terakhir mereka adalah di Menara todak
Port tersebut adalah tempat yang amat sesuai untuk mempamerkan bakat mereka dengan menyanyikan lagu lagu caver dan juga lagu lagu sendiri>Pada mulanya mereka juga pernah di bagi amaran oleh pihak berkuasa atas aktiviti ini.Oleh kerana mereka rasa tindakan mereka betul,mereka telah meminta kebenaran dari pihak berkuasa tempatan akan menjalankana aktiviti sebegini rupa setiap hujung minggu.Dan ,alhamdulillah ianya sudah tidak menjadi sebarang masalah lagi buat mereka yang juga dikenali sebagai KK Buskers.
Selain Julie ada ramai lagi yang turut sama menyanyi secara berkumpulan.Antaranya band band yang bernaung di bawah syarikat rakaman KKMP iaitu Orang Planet,Cahaya D’ Folk,RockenSoul,kennapa band dan ramai lagi
Bukan itu sahaja,Julie juga pernah masuk program rialiti TV iaitu Akedemi Fantasia dan telah lepas untuk saringan ke3.Akan tetapi,nama beliau hanya tercalon dalam senarai Top 20.Dan rezeki tidak menyebelahi beliau,mungkin masa akan datang.
Bukan itu sahaja,kini julie telah mempunyai beberapa lagu sendiri dan telah pun berkumandang di radio onlinefm.Antara lagu yang sering dapat sambutan adalah NAMAKU BINTANG & Badai di Syurga.Kedua dua lagu ini adalah hasil 100% ciptaannya dan lepas ini akan banyak lagi lagu yang bakal menemui pendengar dan juga peminatnya.
Kini Julie sedang sibuk dengan tugasan harian yang mana belia baru sahaja bertugas di salah sebuah Hotel bertaraf 5 bintang.Inilah antara faktor yang menyebabkan Julie kurang meluangkan masa menyanyi bersama busker busker yang lain.Tapi,dia tetap mengikuti aktiviti aktiviti mereka melalui radio internet dan juga facebook.

Pada anda yang belum pernah mendengarkan Suara Julie,cuba klik ruangan I-SONG dan cari sahaja lagu JULIE.dengarkan naluri hatinya berkata kata melalui lagu yang diciptanya sendiri.Sememangnya Julie amat berbakat besar dan sentiasa perlukan pendedahan dari pihak pihak yang sepatutnya.