Neckhead berteraskan muzik Alternative

Neckhead adalah sebuah band yang berteraskan alternative.Band ini ditubuhkab sekitar tahun 2008 di Kota bersejarah di Malaysia iaitu Negeri Melaka.Serba sedikit maklumat yang kami lihat didalam laman fan page mereka di Facebook…

 …band ini ditubuhkan hasil pertemuan Matt dan Azlan yang mempunyai minat yang sama dalam muzik dan kekurangan ahli ketika itu. Sebelum itu, Matt telah berkenalan dengan Fahrul, selalu berborak mengenai genre kesukaan kami di laman sosial. Oleh kerana sudah lama tidak jamm dan ingin meneruskan impian memiliki sebuah band. Kami bertiga jamm bersama-sama. Kami berkongsi idea dengan menghasilkan lagu-lagu sendiri. Setelah beberapa tahun tanpa nama, pada tahun 2010 nama Neckhead telah dipilih untuk digunakan sebagai nama band ini. Nama tersebut adalah hasil idea dari Fahrul. 

Pada hujung 2012, Fahrul tidak lagi bersama Neckhead atas sebab-sebab tertentu. Berlaku pertukaran anggota kumpulan yang silih berganti. Kini Neckhead telah mempunyai ahli tetap dan penambahan pada gitaris kedua yang disandang oleh Fitry serta untuk drummer disandang oleh Eddy Rawkerz. Mereka masih bergerak sendiri tanpa duduk dibawah mana-mana label.

Dari itu Neckhead mencari peluang dari alam maya bagi memperkenalkan talent mereka serta karya mereka.Diharap akan ramai member di luar sana akan cuba mengenali band mereka dan memberikan respon yang positif untuk mereka meperbaiki segala kekurangan untuk masa hadapan.