NEIL SONDOH MOHON MAAF

NEIL SONDOH sememangnya sudah tidak asing lagi di Kota Kinabalu ini. Mana tidaknya, beliau merupakan seorang penyanyi yang mempunyai bakat dan suara yang hebat. Pengalaman yang luas dalam arena muzik khususnya bidang nyanyian. Neil yang sentiasa kelihatan membuat persembahan di Lounge sekitar KK.

Sebenarnya menurut Neil, Warner Music bertindak sebagai pengedar lagu beliau sahaja iaitu lagu single pertama Neil yang kini sedang hangat dimainkan di corong radio frekuensi mahupun internet iaitu MAAFKAN AKU.

Walaupun demikian, Neil tetap bergerak secara indiependent dan sentiasa memenuhi jemputan menyanyi di mana mana stage sekitar KK. Disamping itu, dia juga sedang giat mempromosikan lagu tersebut menerusi media sosialnya. Setakat hari ini, klip vedio lagu tersebut sudah mencecah 2000 tontonan sejak ianya mula di muatnaik ke laman youtube awal Feb lepas. Kepada yang nak lihat klip vedio lagu MAAFKAN AKU ini, boleh lihat di bawah

OnlineFM nak ucapkan tahniah kepada Neil atas lahirnya single pertama ini. Kini dia sedang mencuba meningkatkan populariti menerusi lagu single pertama ini. Diharap, sokongan sahabat serta penyokong artis tempatan akan semakin bertambah.Selain itu, lagu ini juga boleh di beli melalui applikasi ITUNES. Serta boleh juga di dengari di applikasi JOOX.

Kami juga di maklumkan, dalam masa yang sama single kedua Neil yang bertajuk “PELUANG KEDUA” juga kini berada di udara. Anda boleh dengarkan di coong corong radio.

p/s
Jangan lupa LIKE & FOLLOW & page ONLINEFM di facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial