“One Shot Whiskey, Please”


Satu ungkapan yang berbentuk pesanan kepada pelayan atau bartender. Ungkapan yang selalu disebut oleh mana-mana pelanggan ditempat-tempat terutamanya di bar dan pub. Akan tetapi ungkapan ini digunakan untuk dijadikan sebagai nama band mereka.
Setelah bergabung dengan Bulls dan Roy, Tim dan M.Jay mengilhamkan sendiri idea ini selepas keluar dari band masing-masing. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah menganggotai band-band lain pada ketika itu. Hasil kata sepakat antara mereka berempat mengenai genre masing-masing di satu tempat maka terbentuklah band One Shot Whiskey.
Band ini dianggotai oleh 4 orang anak muda. Antaranya ialah Tim ( Vocalist + 2nd Guitar ), M.Jay ( Lead Guitar ) Bulls ( Drum ) dan Roy ( Bassist ). Dimana mereka memperjuangkan konsep muzik alternative/pop punk/ modern punk.
Band ini telah ditubuhkan pada lewat disember 2010 di Kota Kinabalu. Dimana mereka bermula secara perlahan-lahan dengan membuat rakaman lagu, latihan dan jame session. Disamping itu juga mereka menyertai beberapa gigs yang telah diadakan dimerata-rata tempat.
Dalam kalender 2013 ini, mereka mahu mensasarkan untuk merakam lagu yang pernah dibuat pada 2 tahun yang lalu. Ianya selaras dengan misi dan visi mereka iaitu mahu meningkatkan lagi nama industri muzik indiependence terutaman di Sabah. Disamping dapat berkarya untuk ekspresi diri masing-masing.
Buat masa ini mereka tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti mahupun event di merata-rata tempat. Mereka akan mengeluarkan sebuah single pada awal/suku febuari tahun ini . Pada tanggal 25 mac 2013 mereka dijangkakan akan menyertai event Noise Garage Part 2 bertempat di papar jika tidak ada sebarang halangan. 
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang mereka iaitu One Shot Whiskey facebook bandpage dan klik like. Semoga berjaya diucapkan kepada One Shot Whiskey. Sokongan anda terhadap band ini akan dapat menaikkan lagi nama industri muzik indiependence seperti dengan kata-kata mereka yang berbunyi:
    This is not popularity,
    This is about punk & lifestyle,
    Our music is our lifestyle,
    Music is our hearth & soul.