ONE THE PRAJURIT (OTP) GABUNGAN PEMUZIK TERHEBAT DI SABAH

OTP BAND (dari kiri Montok, Moli, Wan Kibot, Jay & Romi)

Minggu lepas telah berlangsung satu pertandingan BATTLE OF THE BAND sempena pesta buah buahan di Sipitang Sabah. Seminggu sebelum pertandingan, kelihatan kelibat 5 orang pemuda ini berada di dalam studio KKMP sedang giat berlatih. Tidak hairan kalau mereka memilih latihan di saat saat akhir pertandingan. Ini disebabkan kesemuanya sibuk dengan kerja.

Foto oleh Erry@epic

RM3000, piala serta sijil juara menjadi milik 5 orang pemuda yang cukup digeruni di pentas Battle of the band. Mereka merupakan gabungan pemuzik yang cukup berpengalaman dalam arena muzik. Bukan itu sahaja, Romi juga telah dianugerahkan pemain gitar terbaik pada malam itu . Sekali gus membawa pulang wang tunai. Kesimpulannya kesemua mereka ini mempunyai kehebatan tersendiri. Yang belum lihat aksi mereka di pentas BOTB minggu lepas, boleh lihat video ini.

https://www.facebook.com/lynade.permaisuriagung/videos/1360317577468643/?t=9
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial