ONLINEFM ANJUR GIG

Sejak dulu lagi, kami sering di ajukan soalan “ON9FM tidak minat nak anjur GIG ka?”..Sebenarnya bukan tidak mau, cuma masalah kekurangan sumber kewangan. Almaklumlah, syarikat yang berstatus “ikan bilis” ini dan kurang dapat perhatian dari penaja penaja yang berkemampuan.

Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menganjurkan GIG buat pertama kali dalam masa terdekat ini. Kami sedang meneliti beberapa aspek dan ingin mencari sedikit perubahan dan kelainan dalam misi menyediakan platform kepada band band underground sekitar Sabah ini.

Sekiranya gig pertama ini berjaya dan dapat sambutan, kami juga tidak teragak agak untuk menganjurkannya di beberapa daerah terpilih. Antaranya TAWAU, SANDAKAN, KENINGAU, dan LABUAN

Kami harap, dengan perubahan dan konsep yang kami bawakan ini dapat di terima dan dapat sokongan dari semua pihak. Juga kami berharap agar lebih ramai lagi EVENT ORGANISER yang berani tampil untuk menganjurkan GIG sekitar Sabah ini khususnya. Demi membuka ruang dan peluang kepada band band underground yang kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Untuk mengetahui meklumat lanjut mengenai GIG ini, sila LIKE & FOLLOW Facebook Page kami  https://www.facebook.com/On9FM/ . Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan pesanan di ruang MESSAGE

TERUSKAN MENYOKONG ONLINEFM
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial