ORANG TUARAN JADI DUTA GITAR ANTARABANGSA SERTA WAKIL PERTAMA DARI ASIA TENGGARA

JAKE HAYS, antara nama yang sudah tak asing lagi dalam dunia youtuber. Konten yang disediakannya melalui platform digital tersebut pastinya mengenai muzik berteraskan muzik Metal. Channelnya sudah mendapat lebih 100,000 pelanggan dan sudah pun mendapat SILVER PLATE

dari youtube. Tunggu dia rilis jak video unboxing menerusi channel youtubenya dalam beberapa hari jak lagi.

Namun berita yang juga tidak kurang hebatnya adalah, dia telah dilantik sebagai DUTA kepada salah sebuah jenama gitar antarabangsa iaitu SOLAR GUITAR (Sweden). Inilah yang dikatakan rezeki tak pernah salah alamat. Hanya cepat atau lambat sahaja. Dapat Silver Plate dari Youtube dan kini dia bukan sahaja orang Malaysia pertama malah sekali gus merupakan GITARIS ASIA TENGGARA PERTAMA yang dilantik oleh SOLAR GUITAR label antarabangsa ini. Dia bukan sahaja bawa nama Malaysia, malah sekali gus nama daerah TUARAN akan mula dapat tempat di dalam enjin carian Google.

Tahniah Jake..