OZIL & THE DROPSYNTH MENANG BATTLE OF THE BAND LABUAN

OZIL Rockanova bergabung dengan kumpulan DROPSYNTH menjadi OTD Band, telah di nobatkan sebagai juara pada pertandingan battle of the band sempena Victoria Bike Week 2017. Mereka membawa pulang wang tunai serta piala. Seramai 11 buah kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama 2 hari ini.

Dimana hanya 5 buah kumpulan yang berjaya masuk ke peringkat akhir. Mereka adalah kumpulan  OTD BandRiePublic Band, Mydasonata, Reefire Band & D’Minizz. Difahamkan, saingan antara band band final ini memang sengit. Pemilihan lagu lagu fimnal semuanya membuatkan juri mencari pemenang yang betul betul layak menerima hadiah yang di tawarkan. Apapun, kejuaraan kali ini menjadi milik band dari Kota Kinabalu iaitu OTD Band.

Ucapan setinggi tinggi tahniah kepada pihak penganjur pertandingan ini iaitu DMA Eventz serta Rocksmint Labuan (gambar). Anda telah membuka peluang yang baik sekali buat anak anak seni tempatan kita memperlihatkan bakat muzik mereka di pentas terbuka. Dengan adanya pertandingan sebegini, ianya dapat menarik lebih ramai belia belia tempatan tampil dan mendekatkan diri dengan dunia muzik. Diharap program sebegini akan lebih kerap dan bertambah lagi dianjurkan khususnya di Pulau labuan ini sendiri. Secara tidak langsung, dapat menarik pengunjung luar dari pulau Labuan itu sendiri.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial