PAGI YANG INDAH DAN SEGAR BUAT SELAMANYA

Ø  Ejal (Vokalis)
Ø  Andi (1st Guitar)
Ø  Awiey (2nd Guitar)
Ø  Bem-bem (Bassist)
Ø  Ping (Drummer)
Nama D’Morning Glory ini diilhamkan sempena dengan nama bunga yang segar dan mekar pada waktu pagi. Dimana band tempatan ini berasal dari negeri Sabah Dibawah Bayu. Mereka tidak bernaung dibawah mana-mana syarikat produksi muzik tempatan tetapi sebaliknya berjuang secara indiependent. 
Band ini dianggota ioleh 5 orang anak muda yang berasal daripada Kota Kinabalu. Dimana kesemua mereka ini mempunyai personaliti yang berbeza dan ramah tamah orangnya.Mereka juga berhasrat dan bercita-cita tinggi untuk memajukan industri muzik tempatan terutamanya di negeri Sabah.
D’Morning Glory memperjuangkan konsep muzik Alternative Rock, Pop Retro, Country dan mudah untuk didengari.Dengan konsep muzik yang mereka bawa ini terdiri kebanyakannya daripada pengaruh muzik tempatan dan antarabangsa. Antaranya ialah naif, White Shoes & The Couple Company, Sore, Mocca, Sheila On7, Hujan dan banyak lagi.
Band ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2008 hasil dari perkenalan antara Ping dan Awiey. Dimana kedua-dua mereka ini adalah merupakan lineup dari band lama sebelum DMG. Setahun kemudian, Wan (Vocal), Andy (1st Guitar) & BemBem (Bassist) masuk untuk menyertai DMG.
Padatahun 2011, pertukaran lineup telah berlaku dalam DMG. Dimana Wan (Vocal) telah menarik diri dari DMG atas hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan. Namun kekosongan dalam posisi vocal diisi sementara Andy (1st Guitar) sebelum Ejal masuk menyertai DMG setahun kemudian.
Pada pertengahan 2011, mereka lebih aktif dalam penulisan lirik lagu sendiri dan bermain di gigs kecil-kecilan. Setahun kemudian, mereka telah berjaya merakamkan sebuah single pertama yang berjudul“Buat Selamanya”. Ini seterusnya telah menjadi permulaan asasyang kuat untuk mereka bertapak dalam persada seni industri muzik tempatan.
Bermula pada tahun 2012, D’Morning Glory telah mengikuti pelbagai jenis events, gigs dan BTOB yang dianjurkan. Antaranya ialah Stompin Sabah di Tg. Aru, KK Tweet Up di Habour City, Rockfest Marathon, Akustik Jak Ba Ni di Station One anjuran On9 Fm, Noise Sound From Garage Party, May Day, Tribute For Bob Marley Acoustic Show dan lain-lagi yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur. Ini merupakan sebagai titik permulaan mereka untuk bergiat aktif dalam penyertaan mana-mana event, gigs dan BTOB yang akan dianjurkan oleh pihak penganjur dimasa hadapan.
Perkembangan DMG dalam kalender 2013 dimana mereka sedang giat berusaha untuk mem”fit”kan lagi lagu baru yang akan direkod dalam masa terdekat. Mereka juga akan terus berkarya untuk menghasilkan lagu-lagu yang bernafas baru selain berhasrat ingin merakamkam dan menjadikannya sebagai EP atau mini album dimasa hadapan. Dimana DMG juga berazam untuk membuat full album pada pertengahan tahun 2014.
Bagi yang belum menyertai mereka dalam facebook anda boleh klik like pada link seperti yang tertera iaitu http://www.facebook.com/pages/Dmorning-Glory/250049668407817Anda juga boleh menghantarkan pesanan melalui email mereka iaitu musiksegarpagi@rocketmail.com. Sama-samalah kita semua peminat muzik tempatan “Support Our Local Act”.