PASARAYA GIANT TAWAU JUGA SUPPORT LOKAL BAND

Tidak dinafikan, pasaraya GIANT di daerah Tawau sering kali membuka peluang kepada anak anak seni khususnya di daerah Tawau. Boleh di katakan ini antara acara tahunan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan pasaraya terbesar ini kepada masyarakat tawau.

Seperti biasa, pada hujung bulan ini satu pertandingan kugiran atau juga di kenali dengan bama BATTLE OF THE BAND akan di anjurkan di perkarangan pasaraya ini. Dengan kerjasama NEOLITHIC ENTERTAINMENT yang sudah tidak asing lagi di Tawau. Selaku penyedia sistem bunyi, pentas dan lampu bagi acara acara berbentuk hiburan.

Borang pertandingan sudah boleh di dapati daripada wakil wakil yang telah di lantik. atau juga boleh terus mendapatkan di pasaraya GIANT.

Kepada warga Tawau khususnya yang meminati LIVE BAND, jangan lepaskan peluang ini. Kalah menang adalah perkara kedua. Yang penting, ambil peluang ini dan perlihatkan kepada juri dan orang awam apa yang anda miliki. Sekiranya anda mempunyai lagu ciptaan sendiri, maka inilah masanya. bila lagi kan..

Sumber:- KP1MT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial