Pekan Kota Belud bergema lagi

Alhamdulillah,nampak gaya pihak Jabatan Belia & Sukan telah memberikan peluang sekali lagi kepada onlinefm untuk bekerjasama dalam program yang bakal berlangsung pada hari ahad ini.Dimana pihak OnlineFM telah menyediakan 7 buah kumpulan yang bakal mengegarkan pentas Karnival ASTRI Fiesta Mesra Belia 2012 yang berlangsung di Padang Awam, daerah Kota Belud.

Selain persembahan LIVE BAND,terdapat juga pelbagai program yang akana berlangsung.Antaranya sukaneka,jualan barangan & makanan tempatan dan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan belia & beliawanis.

Kepada anda yang tidak ada plan,anda dijemput hadir ke program ini yang mana ianya bakal menjanjikan kenangan manis dan sesuai untuk seisi keluarga.Luangkan masa anda bersama keluarga di Pekan Kota Belud dan jangan lupa memberikan support pada band band yang bakal beraksi di atas pentas tersebut.

Anta band yang bakal mengegarkan stage di padang adalah:-

Kapak & The Geng
SuperNova

Dan ramai lagi…