PELAJAR SEKOLAH JUARA BATTLE OF THE BAND DI SEMPORNA, SABAH
![]() |
Juri pertandingan |
![]() |
D School Mate |
Seramai 6 buah kumpulan yang telah berjaya memasuki peringkat akhir dimana peserta peserta tersebut memang antara yang terbaik dari yang terbaik. Siapa sangka, tuah memihak kepada anak anak muda yang membawa nama D’ SCHOOL MATE. Ahli kumpulannya terdiri dari pelajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah . Mereka di gabungkan menjadi sebuah kumpulan muzik di bawah pimpinan CIkgu Roslee. Ianya bukan sesuatu yang mudah mengabungkan pelajar yang berlainan sekolah dan peringkat usia. namun ianya mampu di lakukan oleh Cikgu Roslee.
![]() |
Bro Roslee |
Siapa tak kenal dengan nama Cikgu Roslee atau nama di media sosialnya BRO ROSLEE. Seorang guru muzik dan orang lama dalam seni muzik. yang kuat dan setia dengan genra rock kapaknya. itulah brader roslee. Sentiasa mencari peluang untuk menonjolkan bakat anak anak murid sekolahnya di pentas pentas yang menawarkan pertandingan mahupun showcase.
![]() |
D’ School Mate (Tawau) |
D’ SCHOOL MATE telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000 beserta trofi. Manakala, tempat kedua dimiliki oleh kumpulan UC BAND yang membawa pulang wang tunai RM700 beserta trofi. Dan tempat ketiga menjadi milik Unlimited yang juga membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi.
Sekali lagi di ucakpan TAHNIAH kepada adik adik D’ School Mate atas kejayaan ini. ternyata bakat anda memang hebat dan perjalanan anda semua masih jauh lagi. Amat beruntung anda dapat bimbingan dan dorongan oleh seorang anak jati kelahiran tawau yang ingin berbakti pada anak anak kampung halamannya sendiri. Sememangnya jasa cikgu roslee membimbing anda memang tiada nilainya.
Juga tidak lupa di ucapkan jutaan tahniah kepada PERSATUAN BARISAN TRANSFORMASI BELIA SEMPORNA atas penganjuran Karnival Keusahawanan ini. Sememangnya ia harus di jadikan acara TAHUNAN dan membuka lebih luas sambutan kepada masyarakat luar daerah Semporna. Dengan ujudnya karnival santai belia sebegini rupa, ianya mampu menjadikan semporna sebagai platform anak anak tempatan di Sabah, khsusnya di Semporna.