Pemenang akan perfom di BALI, Indonesia

POP-to-BALI adalah sebuah pertandingan nyanyian yang berteraskan bahasa Inggeris dimana ianya terbuka kepada semua.Malah bukan setakat di Malaysia akan tetapi,terbuka kepada warga Singapura dan juga Brunei dimana ketia tiga buah negara ini adalah serumpun
Pertandingan ini dianjurkan oleh Pentas Aksi yang mana merupakan antara nadi penggerak kepada muzik indiependent di Malaysia terutama sekali di Kuala Lumpur.Mereka telah banyak melahirkan pemuzik pemuzik berbakat dengan cara menyediakan platfom untuk membuat persembahan secara LIVE mahupun membatu dalam proses perkongsian maklumat melalui network mereka
Pertandingan POP To Bali ini menawarkan hadian yang lumayan iaitu berpeluang membuat persembahan di Taman Bhagawan, Bali Indonesia pada 23 September 2012 ini.Dalam masa yang sama,pemenang juga akan dapat liputan melalui media masa serta promosi untuk event tersebut.
Syarat untuk menyertai pertandingan ini amat mudah iaitu dengan cara menghantarkan Klip vedio / audio kepada penganjur melalui email yang telah ditetapkan iaitu (Indietvindo@gmail.com) sebelum 25 Ogos 2012 ini.Setelah vedio anda di upload ke laman rasmi YOUTUBE penganjur (http://www.youtube.com/user/IndieTVIndo) proses undian akan bermula pada 26 Ogos 2012 hingga 07 September 2012. 
Syarat yang kedua adalah,lagu yang dihantarkan mestilah dalam bahasa Ingerris dan hasil ciptaan sendiri.Dan jenis muzik yang dikehendaki adalah JAZZ, PUNK, BLUES, WORLD BEAT & POP
Syarat yang ketiga adalah pertandingan ini terbuka kepada penyanyi SOLO mahupun berkumpulan.
Yuran penyertaan yang dikenakan bagi pertandingan ini adalah seperti berikut dan di bank in kepada Indie Media Network melalui akaun rasmi mereka iaitu CIMB (1271-0003-3500-59)
  • Malaysia = Rm100
  • Singapore = SGD100
  • Brunei = BND100 

Selepas sahaja pembayaran dibuat,sila emailkan slip pembayaran tersebut ke (Indietvindo@gmail.com) dan jangan lupa sertakan nama anda

Untuk maklumat lanjut,korang boleh klik disini