PENGUIN MEMANG ADA DI KENINGAU

Jangan panik atau terkejut kerana PENGUIN yang dimaksudkan adalah sekumpulan anak seni yang berasal dari keningau Sabah yang mengelarkan diri mereka PENGUIN.  Mereka di tubuhkan sekitar tahun 2005 dan dianggotai oleh Eddy
Well, Erlurt, Ilul & Jat. Difahamkan Ilul sudah tidak lagi bersama mereka disebabkan dia telah menetap di Kota Kinabalu. Pastinya PENGUIN menggunakan khidmat sessionist dalam mana mana gig yang melibatkan mereka.

Beberapa hari lepas, vokalis kumpulan ini iaitu WELL ( Baju hitam kiri) telah memberitahu bahawa mereka baru sahaja menyiapkan beberapa  buah lagu terbaru. Yang mana kesemua lagu lagu ini sudah di muatnaik ke laman youtube mereka sendiri. Dan ONLINEFM merupakan platfom digital pertama yang mendapat lagu lagu ini untuk dikeudarakan dan di promosikan kepada para pendengar diluar sana.

[youtube clipid=”FQ9PdQ-QxUA” autoplay=”0″]

 

Kepada PENGUIN, semoga anda sentiasa terus berusaha untuk menzahirkan karya seni yang lebih banyak dan mampu jadi siulan para follower anda.

[youtube clipid=”PUNJdEh2Gfk” autoplay=”0″]

 

p/s

Lagu lagu ini bakal keudara dalam masa terdekat ini menerusi radio internet kami iaitu ONLINEFM.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial