Penyanyi Hip hop dari Keningau, Sabah

Cyril Teo a.k.a webs adalah seorang komposer yang mana dia telah mengantarkan profile serta beberapa buah lagu ciptaannya sendiri untuk di keudarakan di OnlineFM.Siapa sangka,karier sebagai pekerja Sabah Shell Petroleum bukan menghalang beliau untuk bekarya.
mengikut profilenya dia berasal dari daerah keningau dan kini bertugas di pulau Labuan.Dalam masa yang sama,dia juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa muzik tempatan terutamanya sekitar Sabah.Konsep muzik atau lagu yang di mbawa oleh Webs ini adalah Hip Hop.
Antara lagu yang kini mendapat sambutan di radio radio internet adalah lagu hasil gabungan Webs dengan beberapa lagi komposer iaitu Mista Kudique & Finger Stylo dari kumpulan T-Street.Lagu berjudul SAHABAT & SUMANDAK SABAH adalah lagu hasil kerjasama mereka semua.Sekarang ini,Webs sedang mencari peluang dari mana mana pihak untuk memanggilnya membuat persembahan.Sudah pasti dia juga ingin mengetahui sambutan masyarakat setempat mengenai lagu lagu ciptaan mereka.
Selain itu,sekiranya anda berminat,bolehlah mendapatlan CRT lagu lagunya seperti yang terdapat di aatas ini.kod serta telconya telah disediakan Pilih sahaja mengikiut citarasa anda
Sementara tiada Jobs sebagai perfomer,Webs akan berada di labuan untuk menghabiskan masa 8 jam sehari sebagai pekerja Shell Petroleum.Apa pun,pihak OnlineFM ingin mengucapkan good luck untuk anda serta ucapan terima kasih kerana sudi berkongsikan lagu serta info mengenai anda.Sudah tentu,lagu anda akan di keudarakan di radio onlineFM dan pihak kami sentiasa memberikan sokongan penuh kepada hasil karya anda dan juga pemuzik pemuzik lain sebab “Kalau bukan Kita,siapa lagi”