PENYANYI KUMPULAN METAL KINI BERGERAK SECARA SOLO

Lyne Tamsil (2019)

Orangnya cantik manis dan amat peramah bila berada di atas pentas. Tidak pernah lokek dengan senyuman. Ditambah serinya dengan peragaan hijab mengikut acara yang beliau hadiri. Kumpulan NIGHTLORD (Metal), CRESIA (Metal), EPIC (Modern Rock) adalah nama kumpulan yang telah beliau anggotai sejak 2012 hingga hari ini. Selain itu beliau juga merupakan vokalis kepada kumpulan Sulaman Buskers yang selalu kelihatan membuat persembahan di lapangan Terbang antarabangsa Kota Kinabalu.

Lyne bersama kumpulanya Cresia sekitar tahun 2012 disalah sebuah konsert di Kota Kinabalu

penyanyi idolanya adalah TARJA TURUNEN iaitu vokalis kepada kumpulan Nightwish yang dikenali dengan lagu phantom of the opera

Lyne Tamsil atau lebih mesra dengan panggilan Lyne kini dalam proses akhir menghasilkan lagu single sulungnya yang bertajuk SANG SURIA. Lagu ini adalah hasil sentuhan komposer serta penyanyi kepada kumpulan Poseidon iaitu saudara Kaynizam. Lagu ini bakal menemui anda pada bulan hadapan menerusi platform digital.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial