Percubaan pertama di tahun 2013

Tahun 2013 baru sahaja beermula dan rasanua kali ini pihak Onlinefm ingin mencuba sesuatu yang baru bagi kami sendiri iaitu penganjuran program secara berterusan.Pelbagai program telah dirancangkan dan seperti biasa, kita hanya erancang dan hanya DIA sahaja yang mampu menentukan.

Pada bulan Febuari akan datang ,OnlineFM akan mengadakan satu program yang dikenali sebagai Akustiq Jak Bah – Vol1.iaitu sebuah program persembahan akustik dari beberapa buah band sekitar kota Kinabalu yang telah mendaftarkan diri di laman sosial FB page kami.

Program ini telah direncanakan akan berlangsung di salah sebuah cafe yang terdapat di Kota Kinabalu ini.Dimana cafe ini sentiasa menyediakan peluang  “exposer” kepada sesiapa yang benari tampil.Dari itu,kami cuba membuat kerjasama dalam penganjuran program “Akustiq Jak Bah” ini.Alhamdulillah, ianya telah mendapat persetujuan dari pihak Station 1 Cafe yang terletak di Suria Sabah dimana mereka membenarkan ianya diadakan setiap minggu.Nampaknya,perpintaam kami telah diterima dan mendapat 100% support dari pihak pengurusan Station 1 Cafe tersebut.malah kami telah diberikan kebenaran untuk mengadakan program ini setiap minggu.Akan tetapi, disebabkan masa dan komitment crew & team terikat dengan karier dan keluarga, kami telah memberikan jawapan bahawa program ini akan diadakan 2 kali dalam sebulan.

Ini bermakna, setiap program kami akan sediakan 4 slot untuk band yang berdaftar membuat persembahan.Manakala 1 slot adakan disediakan untuk band jemputan.pemilihan band jemputan tersebut akan ditentukan oleh pihak team onlinefm.Ini sebagai tanda sokongan kami terhadap band band yang telah mempunyai nama dan sedang giat mempromosikan lagu lagu mereka.

Tanggal 16 Feb akan datang merupakan pertama kalinya program ini dirancangkan.Seramai 4 kumpulan telah diberikan slot untuk membuat persembahan.Acara ini dijangkakan akan bermula seaal jam 7malam.Selain itu,kami telah menjemput sebuah band yang terdiri dari ADIK BERADIK yang memang ramai yang kenal akan mereka.Band ini sudah lama menyepikan diri.Kami sendiri tak tahu kenapa.Yang pasti,mereka telah bersetuju untuk COMEBACK dan membuat persembahan pada malam tersebut.
Apa apa pun,kami berharap agar program ini dapat sambutan dan sokongan dari anda semua.malah kami mengalu alukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk membuatkan program ini lebih mendapat sambutan bukan sahaja di Kota kinabalu,malah diluar dari bandaraya ini.