PERTANDINGAN AKUSTIK YANG MENAWARKAN HADIAH WANG TUNAI RM3000

Sila baca dengan teliti…

1. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia , tiada sekatan umur dikenakan.


2. Setiap penyertaan hendaklah tidak kurang daripada tiga (3) orang anggota tetapi tidak melebihi daripada enam (6) orang anggota.

3. Nama anggota kumpulan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa penyerahan borang penyertaan.

4. Yuran penyertaan RM100. Tarikh tutup penerimaan borang dan bayaran yuran harus diselesaikan 5 hari sebelum hari pertandingan bermula. Bayaran tunai atau bank-in yuran pembayaran boleh dibayar kepada Rojan Jamun (019-8309435), Account No : 160149040330 (maybank)

5. Kami tidak akan menerima sebarang penyertaan 5 hari sebelum tarikh pertandingan.

6. Hanya borang yang disertakan dengan pembayaran RM100 dan borang yang beserta resit/ slip bank-in (sebagai bukti pembayaran) yang layak bertanding.

7. Setiap kumpulan tanpa prejudis, hendaklah menyediakan peralatan muzik mereka sendiri, hanya gitar akustik dibenarkan, tiada sebarang alat muzik elektrik digunakan tetapi penggunaan gitar bass dan keyboard dikecualikan. Manakala penggunaan drum diberi dua (2) pilihan samada menggunakan cajon atau drum biasa, Hanya set back line disediakan penganjur.

8. Setiap kumpulan yang bertanding haruslah menampilkan imej yang bersih, sesuai dan sopan.

9. Setiap kumpulan hanya diberikan masa selama tujuh (7) minit di peringkat saringan yang akan dilakukan pada 7hb April 2017, manakala kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir akan diberikan masa tidak melebihi sepuluh (10) minit persembahan.

10. Setiap kumpulan dibenarkan memilih semua konsep/genre lagu. Lagu heavy metal, trash, hard rock dan lagu yang berunsurkan keagamaan dan politik adalah dilarang sama sekali.

11. Pihak penganjur berhak menyingkir mana-mana individu yang melanggar syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan atau menimbulkan sebarang kekacauan (semasa saringan atau pertandingan dijalankan) sehingga menganggu perjalanan pertandingan.

12. Persembahan akan diadili oleh juri-juri professional dan keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan di layan.

13. Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang bentuk perbelanjaan peserta dan kerosakan alat muzik semasa mengikuti pertandingan ini.

14. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang dihadapi oleh peserta sebelum dan selepas pertandingan ini.

15. Pengangkutan, tempat tinggal dan makan minum peserta tidak ditanggung oleh pihak penganjur.


16. Peserta mestilah bebas daripada pengaruh alkohol dan dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial