PERTARUNGAN 1 LAWAN 1 DI PENTAS BATTLE GROUND

Sebelum sampai ke peringkat final, difahamkan ada berlakunya sesi BATTLE GROUND. Dimana, ke sepuluh buah calon ini akan diberikan peluang untuk mencabar peserta lain secara 1 to 1 di pentas BATTLE GROUND malam ini.

Seperti yang anda lihat di poster diatas, kumpulan dari Sandakan iaitu PETUALANG akan mencabar kumpulan SIX S’TANGS. Manakala kumpulan SOULMAN SYNDICATE pula, akan bertarung dengan peserta paling muda setakat ini yang mewakili daerah Putatan iaitu kumpulan WANDIS. Kumpulan KARISMA yang juga membawa nama Sandakan telah mencabar kumpulan yang sekian lama hilang dari radar iaitu WOODPECKER. Selain itu, kumpulan GUN’S PROJECT pula akan mencabar kumpulan yang mana vokalisnya adalah wanita iaitu kumpulan ZIRCONIA. Manakala B-UNITS akan mencabar satu satunya kumpulan yang mempunyai 3 orang vokalis hebat iaitu kumpulan SOULBEAT.

Pastinya malam ini adalah malam penentuan, siapakah yang akan masuk ke peringkat FINAL pada minggu hadapan. Sekaligus semakin hampir dengan tahta kejuaraan BATTLE MANIA 2017 yang menawarkan wang tunai cukup lumayan. Pertarungan pada malam ini pasti akan memgegarkan pentas BATTLE MANIA 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial