Pertembungan 2M di tahun 2013

Terpanggil nak cabar kemampuan team onlinefm untuk mengadakan sebuah konsert untuk 2 buah band seperti yang tertera didalam gambar diatas.Konsert ini adalah anatara perancangan awal di tahun 2013 dimana ianya masih dalam peringkat awal kertas kerja.Apa pun,kami mengalu alukan penglibatan pihak luar untuk bekerjasama dalam turut sama merialisasikan konsert ini sekiranya ada lah.Kalau tak ada,insyallah kami akan usahakan mengikut kemampuan pihak onlinefm

Pertembungan 2M iaitu Mereejen & Makhluk adalah 2 nama band yang amat popular sekitar Sabah terutamanya di bandaraya Kota Kinabalu.Masing masing ada pengikutnya tersendiri.Tetapi,mereka memperjuangkan genre muzik yang berlainan dimana kumpulan Mereejen adalah sebuah kumpulan yang mempertaruhkan muzik Metal.manakala kumpulan Makhluk pula,satu satunya kumpulan Indie yang masih mengekalkan konsep Rock Kapak.

Namun,sebagai langkah permulaan,pihak onlinefm ingin melihat sejauh mana sambutan dan komen para peminat kepada kedua dua band yang tidak boleh disangkal akan peminat peminat mereka.Setiap kali gigs,sudah tentu ada peminat mereka yang komplen sebab tak puas nak tengok mereka perfom.Ada yang tak puas nak head bangging dan macam macam lagi lah.

Kepada yang nak bagi support dan komen,korang blek klik di sini.Dan kalau boleh,kongsikan maklumat ini agar kesemua rakan taulan anda boleh turut sama memberi sokongan akan projek 2013 ini

Yang pasti,kerjasama dari pelbagai pihak sedang giat dijalankan.dalam masa yang sama,perbinncangan dengan kedua dua kumpulan bakal akan dilaksanakan selepas sambutan hari raya ini..Sama sama kita support agar konsert ini menjadi kenyataan dan bakal meninggalkan satu kenangan di tahun 2013