PERTEMBUNGAN BAND UNDERGROUND DAN BAND CLUB DI PENTAS BATTLE MANIA

SPARK yang terletak di Hotel Ming adalah lokasi ujibakat BATTLE MANIA yang menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhannya bernilai RM15,000. Bukan itu sahaja, di fahamkan ada hadiah hadiah lain yang menanti para pemenang.Seperti yang di rancang, acara ujibakat ini berlangsung pada 15 & 16 April 2017.

Golden Sound Production telah di berikan tanggungjawab sebagai penyedia alat kelengkapan di atas pentas. Manakala orang paling penting dalam memastikan kualiti bunyi persembahan telah di tugaskan kepada Mr Boy@GSP (pakai spek). Dialah orang yang bertanggungjawab keatas kualiti bunyi yang terhasil oleh peserta peserta ujibakat itu nanti. Memang tidak dinafikan GSP antara nama besar dalam industri penyediaan sistem bunyi di Kota Kinabalu khususnya.

ZUL KHALIFF & SONNY BAHARI adalah orang yang bertugas sebagai juri pertandingan. Nama ZUL KHALIFF sememangnya sudah tidak asing lagi dalam arena hiburan khususnya di Sabah. Seorang pemain drum yang hebat dan disegani. Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai studio rakaman yang antara salah satunya jadi pilihan artis artis tempatan di sabah. Manakala SONNY BAHARI pula, rasanya satu sabah sudah sedia maklum akan profile beliau. Penyampai radio di stesen radio RTM serta salah seorang pemuzik yang juga sudah puas bermain di pentas pentas ternama antarabangsa. Hampir 30 tahun berpengalaman dalam bidang muzik. Mereka berdua inilah yang memastikan peserta manakah yang akan layak ke peringkat seterusnya.

POSEIDON

Peserta pertama yang naik ke pentas ujibakat hari sabtu lalu adalah kumpulan POSEIDON. Mungkin ada yang sudah kenal dengan band ini atau mengenali ahli kumpulan ini. Mereka merupakan kumpulan yang telah mengharumkan nama MALAYSIA beberapa bulan lepas dalam sebuah pertandingan bertaraf antarabangsa di Jepun. Namun pun begitu, atas dasar minat yang mendalam terhadap muzik, mereka juga mencuba nasib dalam pertandingan battle mania yang di anjurkan oleh Ming Garden Hotel ini. Poseidon telah membawakan lagu ciptaan sepenuhnya mereka sendiri yang berjudul ANTOROS ANTANOM.

WANDIS BAND

WANDIS adalah nama kumpulan yang di anggotai oleh 5 orang adik beradik. Mereka berasal dari Putatan. WANDIS yang terdiri dari Rohit, Raul, Iqbal, Juan & Farhan adalah nama adik beradik ini. Manakala nama WANDIS tersebut adalah nama ayah mereka. Maksud WANDIS atau nama lengkapnya WABULA INDU SABAH yang membawa maksud perantau di negeri sabah. Sebaik sahaja nama mereka di sebut, ternyata keadaan di dalam Spark menjadi riuh rendah. Mana tidaknya, melihat adik adik kecil ini tampil dengan gaya dan semangat lamina di atas pentas battle. Walhal, mereka masih lagi belajar dan masih baru dalam arena battle. Namun itu tidak menjadi masalah, kerana mereka ditemani oleh ayahanda tercinta. En Wandis sendiri yang memastikan sisitem alat muzik mereka dalam keadaanelok dan berfungsi sepenuhnya. Sudah semestinya, harapan ayah kepada anak anaknya adalah untuk membuktikan kepada juri yang kumpulan WANDIS juga ingin bersaing di pentas BATTLE MANIA.

SOULMAN SYNDICATE

SOULMAN SYNDICATE mengambil tempat sebagai peserta ketiga. Mereka tampil dengan sedikit kelainan iaitu menggunakan Saxafon sebagai senjata menambat hati juri. Band ini adalah hasil gabungan pelajar pelajar UMS dan alumni UMS sendiri. Difahamkan bahawa band ini memang aktif membuat persembahan sekitar universiti mereka sendiri. Malah BATTME MANIA merupakan percubaan kali pertama mereka menyertainya. Mereka mengharap ujibakat ini dapat membuka ruang dan peluang untuk mereka lebih berani membuat persembahan di khalayak ramai khususnya luar kolej.

NIGHT MOVERS

NIGHT MOVERS adalah kumpulan penari pertama yang tampil di pentas BATTLE MANIA ini. Mereka antara peserta yang satu satunya mengambil bahagian dalam kategori tarian secara berkumpulan. Kesemua ahli kumpulan penari ini adalah sahabat dan masing masing ada yang belajar dan ada yang sudah bekerja. Mereka juga tidak ketinggalan dalam mencuba nasib dalam pentas BATTLE MANIA ini.

WOODPECKER

Siapa tak kenal dengan nama WOODPECKER. Kumpulan yang berasal dari daerah Tuaran ini sudah lama menghilangkan diri. Mungkin semuanya BZ dengan karier atau dengan keluarga masing masing. Hampir 4 tahun mereka tidak naik ke pentas battle. Namun, tanggal 15 april merupakan tarikh keramat bagi mereka. WOODPECKER tampil dengan semangat ingin mengubat rindu rakan rakan pada sentuhan muzik dan skill masing masing. Mereka menampilkan 2 orang pemain keyboard. Almaklumlah, lagu yang mereka persembahkan adalah lagu cover dari kumpulan Galneryus – still loving you. Apapun, kita tunggu keputusan dari juri pertandingan.

KARISMA BAND

KARISMA adalah peserta ke 6 pada hari sabtu lepas. Dimana band ini adalah hasil gabungan penjawat awam yang bertugas di satu jabatan yang sama cuma berlainan cawangan. Mereka amat meminati muzik dan mengambil keputusan hanya 2 hari untuk mengambil bahagian dalam pertandingan BATTLE MANIA ini. Latihan kurang dari 48 jam di rumah salah seorang ahli kumpulan membuatkan mereka yakin dan bersedia untuk naik ke pentas ujibakat. Mereka membawakan lagu cover dari kumpulan search iaitu Purnama

ZIRCONIA

ZIRCONIA merupakan peserta terakhir yang mendaftar pada hari sabtu lepas. Dimana, band ini juga antara band underground yang sering kali kelihatan di pentas gig mahupun showcase sekitar Kota Kinabalu. Ditambah lagi dengan ahli kumpulan yang sudah dikenali ramai khususnya Chester. seorang pengubah lagu, dan juga memiliki studio rakaman di daerah Penampang. melahirkan ramai artis baru yang memiliki agu rakaman hasil sentuhan beliau. Apa pun, ZIRCONIA juga ingin mencuba nasib dalam ujibakat ini. Sama sama kita tunggu dan lihat keputusan juri nanti.

SIX STANG’S BAND

Pada hari ahad, ujibakat diteruskan semula. Kali ini, peserta pertama adalah kumpulan SIX STANG’S. Mereka tampil dengan konsep fusion dari segi pakaian dan penggunaan alat muzik tradisional. jelas sekali, mereka amat mahir dalam alat muzik tradisional ini. Dari tiupan seruling, hingga ke gesekan biola. amat memukau perhatian pengunjung serta juri.

WESTPOINT BAND

Peserta kedua pada hari ahad adalah kumpulan yang di beri nama WESTPOINT BAND. Difahamkan band ini adalah sebuah band club yang memang terkenal di bandaraya Kota Kinabalu. Memangh sekali mutu dan corak  persembahan band ini amat hebat. Eyes contact kepada pengunjung serta pemilihan lagu yang sesuai membuatkan mereka mendapat tepukan yang gemuruh dari pengunjung dan peserta peserta lain. Mereka membawakan lagu cover dari Diana King iaitu Shy Guy.

PETUALANG BAND

 PETUALANG BAND adalah peserta yang berasal dari daerah Sandakan. Mereka tampil dengan konsep rock heavy. Lagu instrumental sebagai pembuka bicara mereka juga membuatkan pengunjung bertepuk tangan serta bersorak. Ditambah lagi dengan lagu kedua cover dari kumpulan Unicorm iaitu Pendekar Tangan Berapi.

GUNS PROJECT

Peserta ke 4 pada hari ahad adalah kumpulan yang berasal dari pulau Labuan iaity Guns Project. Mereka antara kumpulan terawal yang sampai ke tempat ujibakat. Persediaan awal sudah di laksanakan dan mereka memilih lagu cover dari kumpulan Project pistol sebagai lagu persembahan di hadapan juri.

SOULBEAT BAND

Peserta seterusnya juga antara peserta yang sudah tidak asing juga di bandaraya Kota Kinabalu. Soulbeat Band juga antara band club yang sering kelihatan membuat persembahan. Menampilkan 8 orang ahli kumpulan. Dimana, penampilan 4 orang penyanyi antara kelainanyang mereka tampilkan. Bukan itu sahaja, kelihatan 2 orang penyanyi wanita mereka mempunyai wajah yang sama iaitu adik beradik kembar. tidak hairan lah kalau showmanship memerak mampu membuatkan pengunjung bersorak dan bertepuk tangan tidak henti. Kelebihan yang ada di jadikan percaturan dalam sessi ujibakat BATTLE MANIA.

BAD THE HOOD

Peserta terakhir pada petang ahad tersebut adalah sebuah kumpuari Hip Hop iaitu BAD THE HOOD. mereka tampil dengan aura tarian yang sharp dan energetik. Persembahan pertama sahaja sudah mampu membuatkan orang di dalam SPARK bersemangat. Mana tidaknya, nyanyian Hip Hop ini mempunyai aura yang berbeza dengan lontaran suara lagu lagu biasa. Suara yang jelas di tambah dengan lenggok tubuh yang berbentuk freestyle memang memukau mata pengunjung serta juri.

Dengan ini, maka selesai lah sudah sessi ujibakat yang berlangsung selama 2 hari tersebut. Kami di fahamkan, sekiranya ada lagi kumpulan yang ingin menyertai pertandingan ini, mereka masih membuka lagi penyertaan pada hari isnin iaitu 17 April. Hanya perlu walk in dan daftar di kaunter pendaftaran.

Kepada peserta peserta yang terlibat dengan sessi ujibakat, harap bersabar dan keputusan akan di umumkan bila kesemuanya sudah selesai. Atau anda boleh juga terus menghubungi pihak penganjur untuk mengetahui status ujibakat anda.

Onlinefm nak ucapkan tahniah kepada para peserta. Kini hanya tunggu dan lihat sahaja, siapa yang layak keperingkat seterusnya. Teruskan menyokong band band tempatan, kerana…

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial