Pieremiddle ingin mewakili Malaysia dipersada Antarabangsa

Pieremiddle, sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Shah Alam, Selangor yang dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Jim (vokal), Achik (gitar kedua), Faizal (gitar utama), Fais (bass) dan Rudy (drum). Mereka telah menghasilkan dua buah singles iaitu Missing Someone (2010) dan Tewas (2012). Band ini diketuai oleh Jim selaku pencipta lagu dan penulis lirik utama. Kini, mereka sedang menyiapkan lagu ketiga yang berjudul Maryam.

Pieremiddle telah ditubuhkan pada tahun 2008 yang dianggotai oleh Jim, Fais, Hans, dan Luey. Di awal pertubuhan band ini, Jim telah berpindah ke Lancaster, United Kingdom kerana ingin mencari pengalaman baru. Pada tahun 2009, Pieremiddle menerima dua ahli baru iaitu Rudy dan Achik bagi menggantikan Hans dan Luey yang ingin membawa haluan masing-masing.

Pada tahun 2010,Pieremiddle telah  menghasilkan single pertama yang berjudul “Missing Someone” dan pada tahun 2011, kumpulan Pieremiddle dilengkapkan dengan kehadiran Megat sebagai gitar kedua. Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran, akhirnya mereka berjaya menghasilkan lagu kedua yang bertajuk “Tewas”. Kini, mereka menerima Faizal sebagai pemain gitar utama manakala Achik menjadi pemain gitar kedua bagi menggantikan Megat.

Pieremiddle memilih alternatif/rock moden sebagai genre utama mereka. Manakala band-band yang menjadi pengaruh muzik mereka adalah Sixth Sense, Bunkface, Estrange, Click Five, Panic At The Disco, Avenged Sevenfold, Bullet For My Valentine, System Of A Down, Trivium, Metallica, dan Lamb of God.

Pieremiddle berharap agar diberi peluang untuk memperkenalkan muzik mereka di dalam Malaysia dan sekaligus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.