Pop Punk dari Selangor

Virus Minus ditubuhkan pada tahun 2009 di mana kesemua ahlinya adalah berasal dari Rawang, Selangor. Band ini dianggotai oleh lima (5) orang anak muda iaitu Uyen (vokalis dan gitar 2), Dans (vokalis dan pemain gitar utama), Iqbal (vokalis dan bass), Nazi (Drum) dan izo (Synth). Izo (Synth) hanya satu seasonist bagi band ini kerana dia sudah mempunyai band sendiri yang diberi nama “Bayam”. Menurut Virus Minus, Idea mempunyai band datang secara semulajadi apabila mereka mendapati bahawa mereka mempunyai minat yang sama untuk mengisi masa terluang dengan jamming.
Suatu ketika dulu Virus Minus pernah dikenali sebagai “Blockheads” kemudian mereka memutuskan untuk menukar nama band agar menjadi lebih universal dan menarik. Di samping itu, pada mulanya mereka menghadapi kesukaran dalam memilih genre muzik kerana setiap daripada ahli Virus Minus mempunyai citarasa yang berbeza dalam muzik. Akhirnya mereka bersetuju untuk bermain Pop-Punk, Teras Happy dan Teras Pop sebagai genre pilihan mereka.
Virus Minus kini giat memberi tumpuan kepada rakaman lagu-lagu mereka untuk menghasilkan EP yang akan dilancarkan pada akhir tahun 2012 ataupun awal tahun 2013. Walau bagaimanapun Virus Minus telah berkongsi single terbaru mereka bertajuk “Mengejar Mimpi” untuk diperdengarkan kepada semua pendengar onlinefm.
Sekiranya anda ingin mengenali band ini dengan lebih dekat lagi sila lawati laman sesawang mereka di http//www.facebook.com/minusvirus dan jika ingin melihat persembahan mereka sila klik di http://www.youtube.com/user/MinusVirusOfficialVC?ob=0
Pihak onlinefm mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Virus Minus berkongsi lagu dan profile mereka. Semoga Virus Minus akan terus suksess demi untuk memperjuangkan lagu-lagu indie khususnya di persada seni tanah air kita.