PPD TAWAU LAHIRKAN PELAPIS MUDA DALAM BIDANG MUZIK

Tanggal 26 Jun yang lepas, bertempat di Sk St Patrick, Tawau telah berlangsung satu pertandingan Kombo & Nyanyian Solo. Dimana wakil kami di maklumkan bahawa ini adalah penganjuran kali kedua setakat ini. Bermakna tahun lepas adalah penganjuran kali pertama yang mana para guru guru sekolah sekitar Tawau telah mempersiapkan anak murid mereka untuk mengikuti pertandingan tahunan.

Program ini adalah anjuran Pejabat Pendidikan daerah Tawau dan SK St Partick telah di pilih menjadi tuan rumah dalam pertandingan ini. Program ini dianjurkan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang seimbang selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.Antara lain nya juga, program ini dapat menarik minat pelajar sekolah khasnya terhadap nilai estetika dalam muzik.

Selain itu ianya juga dapat menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik daripada pelajar sekolah rendah mahupun menengah khususnya di daerah Tawau. Secara tidak langsung memberi peluang kepada para pelajar mengembangkan bakat seni yang ereka miliki.

Keputusan pertandingan:-

SEKOLAH RENDAH

Johan – ST PATRICK (Team 1)

N.Johan – SK HOLY TRINITY

Ketiga – ST PATRICK (Team 2)

SEKOLAH MENENGAH

Johan- SMK Kuhara

N.Johan- SMK Tawau

Ketiga- SMK Abaka

Pengadil bagi pertandingan ini adalah En Albert, Pn Anne, En Abd Rahman Jamaluddin, En Juan Prima dan En Rajis Omar. Yang mana mereka semua ini antara guru yang berpengalaman dalam bidang muzik di sekolah masing masing.

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur iaitu PPD Tawau atas keprihatinan anda terhadap anak anak sekolah yang cenderung pada bidang muzik ini. Secara tidak langsung, anak anak sekolah ini dapat mendekatkan diri dengan muzik. Siapa tahu, suatu hari nanti masa depan mereka bakal menjadikan muzik ini sebagai karier.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial