Program pertama

Program pertama telah pun berlangsung beberapa hari yang lepas dimana Obsqure telah dipilih oleh sponsership untuk dijadikan band pertama sebagai pembuka mukadimahnya.Secara jujurnya memang pihak OnlineFM masih baru dan ternyata bukan mudah untuk membuat sessi bual bicara secara LIVE di radio dan di rakamkan dalam bentuk vedio.Namun,kami jadikan itu sebagai cabaran untuk maju lagi setapak sebagai media platfom kepada band band yang ada sekitar Malaysia ini.
                           
Gambar diatas adalah gambar band Obsqure yang baru sahaja selesai sessi rakaman program ini dimana mereka juga terkejut dan pertama kali bekerjasama dalam menghasilkan program ini.Ketika ini,mereka terpaksa membuat sessi rakaman lagu berulang ulang kali bagi mendapatkan hasil yang bagus dan boleh dibanggakan.Biarpun penat,namun mereka enjoy sebab ingin tahu hasilnya nanti
Antara koleksi gitar yang terdapat di Studio SOUNDBLAZER dimana lokasi pengambaran PROGRAM ini berjalan.Studio ini dimiliki oleh Suhaimi yang mana ianya terletak di daerah Dongonggon, Penampang.lebih kurang 7km dari Bandar Kota Kinabalu.

Bilik ini hanya orang orang tertentu (sound engineer) sahaja iaitu brader Suhaimi sendiri.Kerana segala macam peralatan,software dan kelengkapan mahal mahal ada didalam ini.So,kepada band yang nak cuba try test nak rekod lagu,silakan berhubung dengan tuan punya studio

Studio 1 adalah disediakan untuk JAMMING sahaja dimana kadar yang dikenakan untuk sejam hanyalah RM20.Didalamnya terdapat kelengkapan yang menjanjikan kepuasan hati para jammers yang ingin menggunakannya dengan penuh dedikasi.

Studio ini pula hanya untuk jammer yang regular dan yang sedikit mementingkan kualiti bunyi dan keselesaan sedikit dimana saiz biliknya ada besar sedikit dari yang satu lagi.Biik ini juga dijadikan studio rakaman bagi sesiapa yang ingin merakamkan lagu.KAlau ta silap,harga penggunaannya untuk sejam adalah Rm35

Inilah dia tuan punya studio ini iaitu brader Suhaimi yang merupakan sorang pengiat muzik bebas sekitar Kota Kinabalu.beliau sering dijemput sebagai penyanyi jemputan untuk beberapa buah band.Dalam masa yang sama juga,dia juga mempunyai band sendiri yang diberi nama SOUNDBLAZER sama dengan nama studionya.Kira trade mark lah katakan.
Brader suhaimi lah yang menjadi penaja kami untuk program pertama ini dimana dia menyediakan studio,prop serta kerjasama yang amat membanggakan.Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Suhaimi serta beberapa rakan lain yang turut terlibat sama dalam menjayakan sessi rakaman program ini.Insyallah,kalau tidak ada masalah,kami jangkakan vedio tersebut akan siap awal bulan mei dan akan di kongsikan di laman website ini.
Sama sama kita nantikan dan sekiranya ada band atau studio yang inginkan program sebegini rupa,hubungi kami melalui laman FB …