Projek Amal Universiti Malaya

Projek Bakti Kinabalu adalah sebuat program amal yang dianjurkan oleh salah sebuah universiti ternama di Malaysia ini iaitu Universiti Malaya.Pihak OnlineFM  telah terlihat flyers di atas terpampang di laman FB beberapa hari yang lepas dan teringin turut sama menjayakan program ini.Tapi,apakan daya,pihak onlinefm memang jauh sangat dari likaso program amal tersebut.Akan tetapi,ini bukannya satu halangan bagi kami turut sama berganding bahu dalam menjayakannya.Biarpun hanya melalui media massa iaitu laman sosial dan radio internet 

Kepada pendengar serta pembaca wenBlog ini,korang boleh mengetahui info semasa berkaitan program ini melalui laman sosial mereka iaitu Konsert Amal Bakti Kinabalu 2012 yang mana pada malam tersebut akan ada persembahan dari artis dan band tempatan.Antara band yang bakal mengegarkan pentas konsert amal tersebut adalah Pesawat & MonoloQue

Kalau ada rezeki,insyalah crew crew OnlineFM akan ada di sana.Tapi,kalau tak de,cukuplah dengan perkongsian gambar gambar semasa konsert dari pihak penganjur kepada kami.Dan kami dahului jutaan terima kasih

Apa pun,kami ingin ucapkan semoga berjaya dan teruskan usaha murni belia belia UM dengan program program amal sebegini kerana “Kalau bukan KITA,SIAPA lagi”

p/s
Anda juga boleh kunjungi blog rasmi mengenai projek ini di http://projekbakti.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial