PROJEK MEGA ONLINEFM

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH ONLINEFM INDONESIA MENANTI..

Itulah perumpamaan yang boleh kami bagi pada projek seterusnya ini.Hampir 6 tahun onlinefm di tubuhkan dengan tujuan membantu mencari platfom kepada band band lokal membuat persembahan.Usaha ini membuahkan hasil dengan adanya beberapa program bulanan dan tetap.

TERKINI, onlinefm telah di beri kepercayaan untk mengendalikan sebuah projek mega yang menelan belanja yang amat tinggi.Dimana kami mencari 5 buah kumpulan muzik indiependent / underground yang sudah bersedia membuat promosi di Indonesia selama seminggu.

Bermula pada 25 mei hingga 25 Jun, proses pendaftaran akan bermula.Dimana, antara syarat penyertaan untuk ujibakat ini adalah band tersebut haruslah mempunyai EP ataupun ALBUM.Pada yang mempunyai single sahaja, amat dukacita kami maklumkan anda dapat menyertai ujibakat ini.

Ep/Album ini akan di hantar ke lokasi pengumpulan di sebuah kedai jualan barangan pelbagai yang dbernama RENT A BOX.Kedai ini tyerletak di Komplex Karamunsing, KK.Selain EP/ALBUM, peserta juga haruslah menyediakan BAND PROFILE yang lengkap.

Sepertimana gambar yang anda lihat di poster diatas, mereka adalah JURI yang telah di lantik untuk menilai kualiti ep/album yang anda hantar.Ianya untuk proses saringan pertama.Sekiranya ep/album anda melepasi saringan pertama, anda layak untuk keperingkat seterusnya iaitu stage 2.Dimana, ujibakat LIVE PREFOMANCE di hadapan juri juri ini pada 1 oktober 2016 akan datang di Kota Kinabalu.lokasi ujibakat akan di umumkan dalam masa terdekat ini.

Oleh itu, kami mengharap anda akan menyertai ujibakat ini.peluang eman ini amat jarangdi perolehi.Dimana peluang untuk anda tampil di pentas indonesia sudah terbuka.berbekalkan komitment, doa dan sokongan keluarga dan rakan rakan, insyallah anda akan merasai feel membuat persembahan di Jakarta, Indonesia pada Feb 2017.

sila follow link ini utk maklumat lanjut..Indonesia Road Tour 2017