Projek SOLO dari Yart Elland
![]() |
Yart Elland |
Kalau sebelum ini OnlineFM ada membuat R-Tikel mengenai sebuah band yang bernama Yart and The Opera, kali ini nak kongsi info mengenai VOX mereka iaitu Yart Elland.
Baru baru ini Yart Elland telah mengirimkan satu email untuk pengetahuan pihak onlinefm.Dalam email tersebut,dia memberitahu yang dia juga sedang membuat projek SOLOnya sendiri.Seperti mana yang kita tahu,Yart Elland bukan sahaja sebagai penyanyi kepada kumpulannya,malah dia juga seorang penyanyi RAP.
Dia mula aktif dalam muzik rap seawal usia 14 tahun dan secara diam diam dia telah menulis lirik dan mencipta beberapa buat lagunya sendiri.Antara lagu yang telah dikongsikan untuk santapan pendenngar OnlineFM adalah lagu yang bertajuk “KONSPIRASI HATI”
Lagu ini bakal akan memasuki sistem radio OnlineFM dan para pendengar boleh mendengarkan lagu ini pada bila bila masa sahaja.Juga boleh merekuesnya sekiranya ada penyampai yang bertugas di konti OnlineFM.Atau korang boleh dengarkan dari YOUTUBE kat bawah ni.
Sudi sudikanlah memberi komen serta membuat sharing kat laman sosial masing masing sebagai tanda support anda pada pemuzik INDIE yang cuba menampilkan bakat mereka secara D.I.Y.Dimana konsep ini telah mulai mendapat sambutan dari pemuzik pemuzik baru di Malaysia sekarang ini.
Teruskan menyokong Yart dan juga sesiapa sahaja dalam industri muzik tempatan ini kerana KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI