Punk Rock dari Balakong

Sebuah lagi kumpulan PUNK yang barasal dari balakong, Cheras iaitu Project Alice yang telah menguploadkan lagu mereka kedalam OnlineFM.kalau di lihat di page mereka,seolah olah mereka ini pejuang yang mempertahankan keamanan,Rasanya konsep mereka tersebut di adaptasi dari pergolakkan yang berlaku di semenanjung gaza.Chewahhh…
band ini ditubuhkan sejak 2003 yang mana sekarang ini ahli kumpulan mereka terdiri dari 5 orang belia muda yang bersemangat kental terhadap muzik yang mereka pertaruhkan.Lagu mereka telah pun ada di dalam sistem onlinefm iaitu MELANGKAH KEHADAPAN & TETAP BERDIRI yang mana boleh di request pada bila bila masa ketika ada penyampai yang bersiaran.
Untuk mengenali dengan lebih dekat lagi,korang jangan lupa klik butang LIKE pada page Mereka ini.Berkenalannah dengan mereka dan berikan sedikit ruang untuk anda menghayati lagu yang mereka hasilkan.Support mereka kerana…kalau bukan KITA,SIAPA lagi kan…